Jalan2 Genting Highland
Assalamualaikum
Hujung minggu lalu dengan semangat naik Genting sebab lama tak pergi. Last sebelum kahwin dulu. Kira beberapa tahun juga lah. Mula2 hajatnya nak pergi Genting Premium Outlet(GPO) sebab baru buka kan. Lepas tu dah alang2 naik tu nak lah pergi main Theme Park outdoor atau indoor. Naikla sampai ke puncak Genting tu. Sampai sana memang hampa sebab semuanya tutup. Itula padan muka sapa suh tak google dulu sebelum pergi. Indoor dan outdoor dua2 tutup masih renovate. Ambil jela gambar atas tu huhu. Mungkin tahun 2019 baru siap semua dah dibuka semula.
Oleh kerana dah hampa sebab tak dapat main indoor atau outdoor hakak nak la rawat hati yang lara ini. Pergila terjah ke GPO. Kalau kita dr KL memang jumpa GPO dulu. Besar juga GPO ini. Memang banyak gila barang branded yang ada. Yang penting bawa duit selebihnya. hehe. Hakak pergi cuci mata aje. Ada dalam 4 tingkat GPO ini. Nak jadikan cerita hujan pula masa pergi GPO ini. Mungkin ada kedai yang hakak terlepas pandang.
Jangan risau restoren pun banyak kat sini. Tapi harga hakak tak tahu la. Hakak dah makan siap2 sebelum naik. Hakak beli jambu batu je itu pun harga RM10. Terkejut hakak. Oleh kerana dah minta baru tanya harga jambu bayar jela dengan muka terkejut. Sorryla tak banyak gambar ambil sebab cuaca yang tak mengizinkan. Kalau takde tempat nak pergi boleh ke GPO membeli belah atau cuci2 mata. hehehe
Love,
Madam Zuriey
Comments