Fiesta belon datang lagi buat kali ke 4. Fiesta ini diadakan pada 15-18 Mac 2012. Tahun ini akan menampilkan 25 belon udara panas dari 12 negara. Teruja aku mendengarnya.Rasa nak pergi pula. Mesti ramai yang datangkan. Tempat: Presint 2, Putrajaya Masa: 9 am hingga 4 pm dan 7pm hingga 9 pm (night flying) kecuali pada 17 March due to Hot Air Balloon Night Glow and firework event.
Kita boleh naik tak belon panas ni? huhu.. Mesti best kalau dapat naik. Dapat naik sekali pun jadilah :-)
Hari ini tak dapat pula idea nak post entry. Aku pun belek-belek pic yang ada. Tetiba aku terjumpa satu gambar ini. Gambar masa hingusan dulu, kanak-kanak ribena. huhu. Kelakar pula aku tengok. Memang sama je la aku dulu sampai sekarang, maintain kecil walau di mana pun..huhu..Jom check it out gambar aku.
Cuba teka aku yang mana..Mesti korang tau nya. Aku tak nak la bagitahu, confirm korang boleh agak yang mana. Klue nya yang paling kecil..hehe
Gelap juga aku masa kecil-kecil dulu. Yela duk meredah panas je, sekarang duduk dalam aircond tu yang cerah sikit. huhu
Aku confius jap petang ni tengok analytics blog aku kat Nuffnang. Yang mana satu yang betul ni? Pada mulanya aku tengok statistik boleh tahan memberansangkan. Lepas itu aku klik Came From dan Keyword dan kembali semula ke Analytics tapi berubah pula angkanya. Jadi berkurang pula. Ini yang mak jah nak marah ni..hehe.. Ini first statistik untuk minggu ini. Memang seronok aku tengok (taklah sebanyak orang lain punya). Ada peningkatan
Yang ini untuk second time bila aku tengok balik, laa.. sikit nya. Rasa down pula.
Yang mana satu betul eh? Kalau yang 1st memang gumbira betul hati ini tapi kalau yang kedua kena usaha lagi la. Aku cek kat blogger, stat untuk semalam 426. Lagi bertambah confius mak dibuatnya..huhu..Mana lagi tempat nak cek ye?
Rasa sunyi nakkan adik? Atau bosan dengan aktiviti harian dan mingguan? Mari kita sertai program Sinar Cahayaku. Diinsprisakan oleh falsafah jenama Garnier, 'Take Care'. Nak tahu program apa ni? Ini adalah program di mana anda akan menjadi kakak angkat kepada seorang anak yatim. Pelbagai aktviti yang akan diadakan untuk anda dan adik angkat sepanjang tahun.
Antara selebriti yang mendukung usaha murni ini: Lisa Surihani, Heliza Helmi dan Wardina Safiyyah.
Lisa bersama adik-adik di Rumah Amal Limpahan Kasih.
Aktiviti yang akan di adakan: Mei- Kem Take Care, Julai - Kenduri Take Care.
Cara untuk memohon senang sahaja. Anda perlu pergi facebook Garnier, klik Sinar Cahayaku sebelah kiri. Kemudian klik daftar sekarang dan isi butir-butir yang dikehendaki. Itu sahaja.
Garnier juga memberikan barangan percuma kepada yang mendaftar.
100 pendaftaran pertama - PERCUMA 50 ml Garnier Light Moisturiser. 400 pendaftaran berikut - PERCUMA 20 ml Garnier Light Moisturiser.
Apa tunggu lagi, jom ramai-ramai kita sertai. Saya dah, anda bila lagi.
Bibir tampak lebih mungil. Itulah Color Sensational. Wanita dan lipstik memang sinonim. Lipstik menampakkan lagi keyakinan seseorang wanita. Maybelline memperkenalkan lipstik terbaru yang lebih menyerlahkan bibir wanita,Color Sensational.
Terdapat 16 rona unik, rona Merah, Merah Jambu, Natural dan Merah Kesumba. Yang aku ada 2 color je merah dengan merah kesumba( ala-ala purple).
Ni color merah, memang menariklah warna dia. Memang merah betul. Bau dia pun wangi, rasa nak makan je..huhu
Yang ni color merah kesumba. Not bad juga colornya.
Menarik bukan? Apa lagi dapatkan di pasaran dengan harga hanya RM29.90 sahaja.