RSS

Tuesday, March 3, 2015

Veet Mega Model Search 2015


Ini berita baik untuk gadis diluar sana yang tinggi lampai. Yang ada rupa paras menarik memang sangat sesuailah. Lebih tepay lagi kepada mereka yang mempunyai ciri-ciri untuk menjadi seorang model. Veet menawarkan peluang keemasan ini kepada gadis-gadis Malaysia untuk bergaya dan menyerlahkan diri mereka dalam Veet Mega Model Search buat pertama kalinya diadakan. Yang rasa-rasa kurang ketinggian tu janganlah bersedih hati, mungkin ada contest lain yang boleh cuba nanti.


Antara syarat untuk join ialah terbuka kepada gadis-gadis Malaysia berusia antara 18 hingga 26 tahun sahaja. Yang dah lebih 26 tahun minta maaf la ye. Apa yang perlu korang buat untuk join pertandingan ini hanya perlu membeli mana-mana produk Veet (simpan resit sebagai bukti pembelian), hantarkan gambar terkini korang (1 gambar muka dan 1 gambar penuh) ke www.veetmodelsearch.my 
 
 
Sepuluh orang finalis Veet Mega Model Search 2015 akan menghadiri kursus intensif modelling dan solekan serta mengambil bahagian dalam sesi pengambaran. Pemenang nanti akan dinobatkan di Grand Finale, yang akan dihadiri oleh tetamu dan rakan media. Hadiah-hadiah yang bakal ditawarkan adalah seperti berikut: 


 
Pemenang Hadiah Utama 
•Wang tunai RM10,000 + Produk Reckitt Benckiser bernilai RM1,000 + Gelaran juara Veet Mega Model Search + Kursus modelling di Amber Chia Academy bernilai RM8,500 + Penggambaran dua muka surat majalah bersama Izara Aishah dan Amber Chia 


 
Pemenang Tempat Kedua 
•Wang tunai RM5,000 + Produk Reckitt Benckiser RM800 + Kursus modelling di Amber Chia Academy bernilai RM5000


 
Pemenang Tempat Ketiga 
•Wang tunai RM3,000 + Produk Reckitt Benckiser bernilai RM500 + Kursus modelling di Amber Chia Academy bernilai RM3,000 


 
Sepuluh orang finalis akan berpeluang untuk dipilih oleh Amber Chia Academy untuk kemasukan terus ke sesi ujibakat Malaysia Supermodel Search 2015. 

 
Kalau korang nak jadi seperti Duta Veet Izara Aishah dan supermodel Amber Chia inilah masanya. Kuasakan diri dan serlahkan keyakinan dengan menyertai Veet Mega Model Search 2015. Veet yang berkerjasama dengan Guardian Malaysia, akan mengadakan roadshow untuk pemohonan di universiti-universti yang tertentu. Layari www.veetmodelsearch.my untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Veet Mega Model Search 2015, roadshow dan tarikh tutup. 


 
Selamat Berjaya!!!

1 comments:

Helmi Aliarit said...

Ada izara Aishah. :)

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.