RSS

Monday, March 9, 2015

Jom register PR1MA


Baru-baru ni aku ada tengok tv yang rumah PR1MA ada yang dah siap dan sedia diduduki. Wah bestnya, aku ni apply separuh jalan sebab ada attachment yang takde tu yang terbengkalai aku punya form. Rasa nyesal lak pastu kan, sapa suh tak settlekan padan muka aku huhu. So hari ini aku settle hantar form, mudah-mudahan aku dapat la rumah untuk next projek PR1MA ini.. amin


Ini antara projek perumahan yang sudah siap dan telah pun ditutup permohonan. Jangan risau korang boleh register lagi sebab memang takde tarikh tutup untuk register. Boleh apply next projek. Aku memang apply area Melaka. Rasa nak balik menetap kat kampung je nanti. Tau-taulah harga rumah sekarang ini mahal. Dengan adanya PR1MA ini dapatlah membantu golongan yang berpendapatan sederhana. 


 
Kepada yang memenuhi syarat di atas cepat-cepatlah apply PR1MA. Rumah yang ditawarkan lingkungan harga RM150,000 hingga RM300,000 terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Yela lau tempat kawasan bandar mahal la harganya kan. Ikutla kemampuan korang. Korang pun kena rajin tengok projek perumahan yang diorang tawarkan. Applyla yang sepadan dengan korang. Untuk keterangan lanjut korang boleh layari http://www.pr1ma.my/?lang=bm. Mudah-mudahan dapat la aku sebiji rumah PR1MA ini. Amin..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.