RSS

Friday, February 6, 2015

The Brush Contest, peraduan mekap antarabangsa oleh Loreal Paris


Berita baik buat mereka yang pandai pasal solekan. Inilah masanya untuk korang ketengahkan bakat yang ada. Korang boleh join The Brush Contest, iaitu peraduan mekap antarabangsa yang pertama, eksklusif di YouTube. Buat pertama kali, L'Oréal Paris memperkenalkan platform untuk peminat menunjukkan kemahiran mereka, dan berpeluang untuk merebut peluang untuk menjadi Pereka Mekap L'Oréal Paris! Sebagai sebahagian daripada pasukan Pereka Mekap L’Oréal Paris, korang berpeluang untuk meluahkan imaginasi dan menyolek wajah bagaikan sebuah mahakarya dengan penampilan dengan mekap yang menakjubkan.

Hanya 2 langkah yang korang kena buat untuk menyertai pertandingan ini. Korang boleh join dengan syarat berusia sekurang-kurangnya 18 tahun. 

Langkah 1 : Hasilkan video tutorial mekap yang diinspirasikan oleh tema ‘Color Clash’ (tempoh maksimum 3 minit). 
Boleh menggunakan sebarang jenama alat solek tetapi jenama selain daripada L'Oréal Paris tidak boleh dipapar atau ditonjolkan di dalam video. Peserta boleh menyolek muka mereka sendiri atau muka seorang model. Selain itu, penampilan wajah bersolek penuh adalah wajib. 

Langkah 2: Log masuk ke www.thebrushcontest.com dan hantarkan video lengkap dalam seksyen “COMPETE!”. Isi borang pendaftaran dan perkenalkan diri. 

Tiga puluh video terbaik akan dikongsi bersama umum untuk undian, dan 10 video teratas yang disenarai pendek akan mendapat tempat dalam Peringkat Akhir Kebangsaan, di mana bakal mekap artis ini akan menghadiri Kem Pereka Mekap yang dianjurkan oleh L'Oréal Paris Malaysia. Pada 8 Mac 2015 pula, orang awam akan berpeluang bertemu dengan 10 finalis teratas Malaysia di kedai Watsons Alamanda dan mendapat makeover percuma! 

Panel pengadil yang berpengalaman akan memilih pemenang berdasarkan jumlah skor, dan pemenang tersebut akan mewakili Malaysia untuk bersaing di Grand Finale Antarabangsa di Paris, bersama 12 finalis antarabangsa lain dari negara-negara seperti Perancis, Amerika Syarikat, Kanada, UK, Australia, China, Thailand dan banyak lagi. Finalis-finalis ini kemudian akan menunjukkan kemahiran mereka dengan menyolek supermodel terkenal dalam industri dan wajah-wajah L'Oréal Paris, seperti Lara Stone, Karlie Kloss, Freida Pinto dan Barbara Palvin. Grand Finale ini juga akan disiarkan di YouTube pada 1 Mei 2015, dan akan dihoskan oleh, tidak lain tidak bukan, duta L'Oréal Paris, Eva Longoria. 

Pemenang akan menerima kontrak profesional dengan pasukan Pereka Mekap L'Oréal Paris untuk setahun, bernilai 100,000€. Bukan itu sahaja – yang menambah keseronokan lagi, pemenang pertandingan juga akan dapat menyertai pasukan L'Oréal di sebalik tabir dalam acara dan majlis paling glamor, yang dihadiri oleh ramai bintang terkenal, iaitu Festival Filem Antarabangsa Cannes. 

The Brush Contest bermula pada 19 Januari 2015 dan akan berkakhir pada 12 Februari 2015, dan terbuka kepada profesional, amatur, blogger, vlogger dan Youtuber. Semarakkan kreativiti mekap dalam diri anda sekarang! 

 Untuk maklumat lanjut, log masuk www.thebrushcontest.com. Ikuti perkembangan dan berita The Brush Contest dengan hashtag #TheBrushContest di Facebook, Instagram dan Twitter.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.