RSS

Thursday, February 5, 2015

Pembukaan Zawara baru di Melaka


Nama Zawara rasanya tidak asing lagi untuk mereka yang meminati pakaian muslimah dan pengguna shopping online. Terbaru Zawara telah menambah lagi satu outlet mereka di Melaka. Aku berkesempatan join pembukaan Zawara pada 31.1.2015 yang lalu. Kebetulan tahu tengok kat instagram. Perginya dah lama tapi sekarang baru berkesempatan update hehe. Yang buat aku teruja dia punya harga runtuh. Memang berbaloi dapat baju tu.huhu


Aku sampai memang awal sebelum kedai buka lagi. Ingat kena beratur macam beli Aidijuma huhu. Tapi kena tunggu je kedai di buka dan dirasmikan. Kemudian serbu ramai-ramai. Tengokla diorang ni beria membeli. Selain potongan harga, untuk 100 pembeli pertama dan pembelian RM300 ke atas dapat hadiah. Gila ar mana tak berebut. Aku masa ini rileks je last-last nyesal tak duduk depan pintu awal-awal sebab masuk-masuk je yang jubah murah-murah semua dah kena sapu.. huhu.. Licin habis. Nasib baik ada yang letak semula then apa lagi grab cepat-cepat 


 
Tudung 4 helai Rm100 tak kira lah tudung apa korang amik. Yang harga mahal ke murah ke amik jela 4 helai harga RM100. Yang aku dengan adik aku aim Halina Exclusive Jubah dengan Adalia Dress. Sebabnya setiap sehelai baju ini harga RM50 sahaja. Memang harga runtuh. Alhamdulillah akhirnya dapat juga capai dua2 baju ni. 


 
Dalam kemeriahan membeli belah tu, ada juga selebriti jemputan u alls. Korang nampak tak sapa dalam gambar ini. Cuba cari dan cuba teka. Siapa yang nampak Fahrin Ahmad angkat tangan. hehe. Betulla tu memang Fahrin Ahmad jadi MC pada hari itu. Nak bergambar anytime dengan Fahrin pun boleh. 


 
Lepas dah dapat baju nak apa lagi kena bayau cepat-cepat. Lagi lambat lagi ramai orang. Lagi lambat lagi banyak duit habis. hehehe. So dapat grab 3 dress dengan harga RM150. Okla tu kan. Selalu selai pun dah harga RM100++. 


 
Then barulah bergambar dengan abang Fahrin. Memang kena amik turn la nak bergambar ini. Tapi jangan risau semua dapat bergambar. Tak kira berapa keping gambar korang nak ambil hehe 


 
Mana boleh sekeping je gambar. Kali ini kita selfie pula. huhu Jangan jeles ye u alls. Kalau tak silap lepas ini Zawara nak buka outlet baru di Batu Pahat pada 28 Februari. So orang Batu Pahat get ready serbu Zawara. Pada mereka yang nak pergi Zawara Melaka ini, ianya terletak berhadapan Jaya Jusco Bandar Melaka( sebelah Tesco) dan sederet dengan bank RHB. Rajin-rajin tengok instagram Zawara dan website Zawara. Selamat bershopping!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.