RSS

Monday, January 26, 2015

Review Movie: Suamiku Encik Perfect 10


Aku ini memang suka tengok citer adaptasi novel ni. Tapi tengok juga la tak semua memenuhi citarasa aku. Kalau filem majoriti aku memang akan layan lagi-lagi citer yang sweet gitu. Rasa cair tengok. Terfikir ada ke orang yang macam ni dalam dunia sebenar. Yela kadang-kadang cara perjumpaan diorang ni tak disangka, pastu baik yang amat kan. Mana nak dapat, mungkin ada orang macam tu tapi susah nak jumpa.


Cerita Suamiku Encik Perfect 10 ini adalah adaptasi dari novel. Aku memang tak baca novel dia so tak boleh nak compare antara filem dengan novel. Apa pun aku suka dengan filem Suamiku Encik Perfect 10 ini. 

Sinopsis 
Pertemuan di dalam kapal terbang antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial telah membuatkan mereka kenal antara satu sama lain. Aleeya yang tidak sengaja telah muntah pada baju Zarief membuatkan Zarief lebih perihatin padanya. Siapa sangka Zarief yang baru berjumpa dengan Aleeya telah membuat keputusan untuk membantu Aleeya menyamar sebagai suami Aleeya selama seminggu. Aleeya telah dirogol dan telah mengandung anak luar nikah.Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Pelbagai adegan romantik dan sweet semasa mereka berlakon sebagai suami isteri. Sampai bila agaknya diorang ni kena berlakon? dan adakah lakonan itu berubah menjadi kenyataan? Itu semua korang kena tengok kat wayang sendiri atau pun baca novel ini. 


 
Filem ini baru je keluar 22 Januari lalu. Yang suka cerita romantik dan sweet sesuai sangat tengok cerita ini. Filem ini durasi panjang juga hampir 2 jam rasanya. Aku bagi 4 dari 5 bintang untuk cerita ini. huhu, dalam hati ada taman tau. So apa lagi datang lah tengok kat pawagam berdekatan korang

1 comments:

CikLily Putih said...

wah citer jiwang2 ni ko minatlah kan.. hahahahaha

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.