RSS

Wednesday, January 7, 2015

Last sale Jakel Jalan TAR minggu ini


Aku tak tahula berapa banyak duit aku habis kat Jakel Jalan TAR ini. Banyak kali juga aku datang meleburkan duit kat Jakel ini. Nasib baik aku tak ada rumah lagi langsir je yang aku tak beli. huhu. Awal-awal dulu aku perabis beli kain satin. Banyak color aku ambil yang RM9 semeter. Kain dia memang banyak yang harga jatuh merudum tapi kena pandai pilih la. Bijak membeli menang memakai.



Hari ini aku pergi lagi Jakel sebab kena hasut dengan kawan aku kata lace murah. Ya ampun memang betul murah harga RM98 (kalau tak silap) jadi RM15 sahaja, yang RM78 jadi RM20. Lace dia macam lace pengantin tu, lebih kurang macam gambar atas ini. Mana nak dapat tu harga rendah macam ini. Aku pun apa lagi belilah walaupun tak tahu nak buat apa lagi.. hehe. Takpe itu boleh fikir kemudian, lain hari tak dapat harga macam ini. 



Jakel akan buat lagi promosi 24 Januari -9 Februari nanti. Ini bukan kat jalan Tar tapi semua jakel yang ada. Untuk sale Jakel Jalan TAR ini sampai hujung minggu ini, kalau tak sampai minggu lepas je. Cuti sekolah sambung dia pun sambung juga. huhu. Sempat lagi kalau korang nak grab, grab jangan tak grab lagi-lagi yang nak berkahwin tu inilah masanya. Penjimatan berganda-ganda.

1 comments:

Ira said...

wah.. mmg berbaloi tu zuriey..
kitaorg nk cari kain utk flower girl.. hehehe..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.