RSS

Monday, January 19, 2015

Anugerah Juara Lagu 29, keputusan tak dijangka


Korang tengok tak AJL 29 semalam. Aku tengok sampai persembahan kumpulan Headwind je lepas tu terlelap. hehe. Bangun-bangun je dah berita jam 12.So memang terlepas keputusan AJL tu. Bangun je cek wassap group diorang duk komen pasal keputusan AJL. Aku pun apa lagi sibuklah tanya siapa yang menang. Memang aku tak jangka pemenang ini. Aku aspect lagu Di Pintu Syurga rupa-rupanya lagu Apa Khabar. Kelainan sungguh juara AJL kali ini.


Juara AJL 29 : Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar Tempat 
Kedua : Shila Amzah – Masih Aku Cinta 
Tempat Ketiga : Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga 

Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga 
Persembahan Terbaik : Mojo & Caliph Buskers – Romancinta 


 
Persembahan yang aku akan ingat adalah dari Mojo dan Caliph Busker. Memang terbaik suara penyanyi busker ini. Sebelum ini aku memang pernah dengar diorang buat performance kat Nu Sentral. Macam-macam lagu yang diorang boleh nyanyi. Memang sangat berbakat. Alhamdulillah bakat diorang kini dipertengahkan. Walaupun cacat penglihatan tapi vokal dan persembahan memang mantap. Anugerah tak ternilai dari Allah. 

Apa pun tahniah kepada semua pemenang. Bagi aku semua yang dapat ke Anugerah Juara Lagu 29 adalah pemenang. Masing-masing memberikan persembahan yang terbaik. Sangat terhibur.

1 comments:

Ira said...

ala.. rugi tak tgk time diaorg ni perform.
sibuk gosok baju.. huhu..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.