RSS

Wednesday, December 31, 2014

Welcome 2015, Goodbye 2014


Hari ini 31.12.2014 merupakan hari terakhir pada tahun ini. Macam-macam yang kita lalui terutama negara kita Malaysia. Pelbagai kejadian dan musibah yang menimpa negara. Antara yang paling diingati kehilangan MH370, MH17, kemarau, puting beliung dan banjir yang terburuk berlaku pada tahun ini. Mungkin segala yang berlaku ada hikmah sebaliknya.


Mengimbas kembali hari-hari 2014 ini bukan sekadar negara kita sahaja yang ditimpa pelbagai ujian tapi aku sendiri pun sama juga. Awal tahun dulu aku ada konflik dalam pekerjaan. Keputusan last minit aku buat bukan keputusan yang terbaik. Alhamdulillah aku diberi peluang dan berkesempatan untuk berpatah balik. Then pengalaman aku jadi pengapit yang tak dapat dilupakan. huhu. Tahun 2014 aku takde pergi melancong pun takpela mungkin ada peluang pada tahun hadapan. 


 
Blog pula awal tahun dulu memang aku lama menyepi, kini aku kembali semula.Banyak juga event yang aku tak dapat join dek kerana kerja yang tak dapat di elakkan. Update blog pun dah jarang. Bila nak bangkit balik ini kena usaha lebih. Takpe yang penting usaha, di mana ada usaha disitu ada kejayaan. Chaiyok! 


 
Tentang azam 2014 rasanya takde apa yang tercapai.huhu. Harap azam 2015 ini dapat dimakbulkan. Buat masa ini azam aku nak kahwin je. hehe. Nampak gatal tak ayat. Ala umur dah nak dekat 30 memang kena fikir dah kan. Harapnya takla sampai tua macam ini aku kahwin. Korang doakan ye. Sekarang ini pun nampak dah macam ada halangan sikit nak kahwin. Mana tidaknya hantaran sekarang memang tinggi takut lak aku. 


 
Apa pun azam korang untuk tahun 2015 aku harap dapat dimakbulkan. Kalau tidak jangan kecewa dan putus asa cuba lagi ok. Aku ucapkan selamat maju jaya dan tahun hadapan lebih baik dari tahun ini. Amin. Selamat tahun baru

1 comments:

Ira said...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2015 zuriey.
Semoga impian dan azam zuriey tercapai..
Dah ada calon nnt, kawen je.
InshaaAllah, kalau niat kita baik, takde halangan.. Tak perlu ikut rentak org skg.. buat ikut kemampuan kita.. hehe..
All the best ye..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.