RSS

Thursday, December 18, 2014

Shopping sakan di Zalora Malaysia


Selama ini aku usha-usha je barang kat Zalora, beli idokler. Kebetulan aku ada dapat voucher RM100 dan ada sale 12.12. aku pun jadi teruja nak membeli. Perempuan mana boleh dengar pasal sale ini. Pantang OK. Bila buka Zalora terjumpa barang yang nak, anyway barang ini sebenarnya nak dijadikan hadiah. Bila dapat voucher dan ada sale lagi save budget. Takla kuar duit banyak tengah-tengah bulan ini kan. Bijak tak aku. hehehe. Sebelum ini aku memang tak berapa suka sangat nak beli online. Yela macam-macam cerita kan kita dengar, tapi kali ini aku tewas. huhu


Aku beli 2 barang secara berasingan sebab nak guna 2 voucher. Rugila ada voucher tapi tak gunakan. Betul tak. So Jumaat lepas sibuk order, bayar COD la. Sebab duit dalam bank dah susut. hehe. Hari Isnin aku memang excited tunggu barang ini sampai. Alhamdulillah petang Isnin satu barang aku pun sampai. Aku expect dapat kotak Zalora yang cantik tu, tapi bungkus biasa je. Hampa sedikit disitu huhu. 


 
Barang yang kedua sampai hari Khamis aku tunggu tak juga sampai. Aku dah mula risau. Sekejap2 aku buka website tracking. Nak tahu sampai mana dah barang aku tu. Barang aku ni kira mahal gak bagi aku lebih RM50 tu. Akhirnya sebelum lunch sampai juga. Syukur alhamdulillah. Bila dapat barang memang rasa seronok betul. Salah satu barang yang aku beli topi atas ini. Overall aku puas hati shopping di Zalora. Takde sebarang masalah, barang dapat pun dalam keadaan baik.Nak tunggu sale lagi la nak borong banyak. hehe tamak betul. 

Facebook: www.facebook.com/ZaloraMalaysia 
Twitter: www.twitter.com/ZaloraMalaysia 
Instagram: www.instagram.com/ZaloraMY

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.