RSS

Thursday, December 11, 2014

Sephora serlahkan mata anda


Pepatah ada mengatakan dari mata turun ke hati. Dari tentangan mata tu boleh buat seseorang terbayang-bayang pada kita. Cewah, bukan main lagi ayat aku. hehe. Solekan pada mata juga memainkan peranan yang penting.Korang kena pandai memilih warna pembayang mata yang bersesuaian dengan acara dan pakaian. Aku nak kongsi tips make up mata daripada Sephora Malaysia ,teknik solekan natural atau minimalis. Teknik solekan ini sesuai untuk menghadiri majlis-majlis istimewa seperti resepsi perkahwinan, majlis makan malam, mahupun keluar bersantai bersama rakan-rakan dihujung minggu. Bukan itu sahaja, teknik make up natural juga amat sesuai untuk dipadankan dengan apa jua jenis pakaian walaupun dengan hanya memakai jeans dan t-shirt!



Tips pertama : Untuk teknik solekan natural, warna yang kerap digunakan adalah warna-warna pastel dan earth colours seperti contoh berikut. 

1. sapukan eye shadow base pada kelopak mata atau gunakan eye shadow berwarna krim atau putih sebagai base. 
2. sapukan warna yang sederhana terang sebelum menggunakan eye shadow yang lebih gelap pada bahagian hujung kelopak mata. 



Tips kedua: Lukis garisan halus pada hujung kelopak mata dengan menggunakan eye liner. Korang boleh menggunakan liquid eye liner atau pencil eye liner mengikut kesesuaian. Jangan lukis garisan yang terlalu tebal dan pastikan garisan tersebut kemas. 



Tips ketiga: Untuk pemakaian maskara, pastikan memakai dengan kaedah zig-zag agar volume bulu mata terbentuk dengan cantik. 



Tips keempat: Memakai eyebrow pencil. Untuk teknik solekan natural seperti ini, pilih warna coklat tua untuk hasil yang lebih menyerlah. 

Selamat mencuba!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.