RSS

Wednesday, December 17, 2014

Sambutan Pavilion Junior Ball di Pavilion


Pavilion shopping bertaraf dunia telah menyambut Pavilion Junior Ball pada 9 Disember lalu. Seramai 100 ahli Pavilion Junior dan keluarga datang menyambutnya di Center Court dengan memakai pakaian Santa dan Santarina. Ini merupakan acara yang dilakukan Pavilion setiap tahun.


Ahli Pavilion Junior telah diberikan kertas aktiviti semasa pendaftaran di Center Court. Mereka perlu datang ke 5 booth untuk dapatkan stamps aktiviti. Terdapat booth polaroid stesen mengambil gambar di pokok Krismas, menulis surat ke Santa Claus, booth aiskrim, booth gula-gula dan booth meletak hadiah yang diberi sebagai amal. 


 
Pavilion telah memilih 2 rumah amal untuk didermakan, Home of Peace (rumah untuk kanak-kanak perempuan dari latar belakang yang kurang bernasib baik) dan Agathians Shelter (rumah yang menempatkan kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan atau dari keluarga yang berpecah-belah). Dana yang dipungut dari sambutan ini akan disalurkan kepada rumah amal berkenaan. 


 
Sambutan ini juga termasuk lawatan mengejut oleh Santa Claus, menghiburkan orang ramai dengan kuiz Krismas dan mengedarkan hadiah. 


 
Personaliti TV tempatan dan penyanyi, Mark O'Dea turut hadir untuk menggembirakan orang ramai dengan lagu-lagu yang menenangkan dan lagu Krismas. 


 
Acara kemuncak apabila tarian persembahan yang dilakukan oleh orang ramai. Kanak-kanak, pembeli, kakitangan Pavilion KL menyertai tarian dari lagu Taylor Swift’s ‘Shake it Off’ dan ‘All I Want for Christmas is You’. 


 
Pavilion Junior yang memakai pakaian terbaik telah dinobatkan sebagai pemenang Best Dressed, 5 lelaki dan 5 perempuan telah berjaya memenangi RM100 cash voucher dari Guess Kids dan sepasang tiket Sesame Street LIVE in Genting Highlands setiap seorang. 


 
Pembeli boleh mendaftar untuk Pavilion Junior apabila membelanjakan RM100 dalam satu resit.Pavilion Junior adalah terbuka kepada kanak-kanak berusia antara 4 hingga 12 tahun.Pendaftaran boleh dilakukan di Tingkat 2, Concierge Desk, yang terletak di pintu masuk Porte Cochere dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. 

Pavilion Kuala Lumpur Facebook: http://www.facebook.com/PavilionKL 
Twitter : @Pavilion_KL 
Instagram : @PavilionKualaLumpur

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.