RSS

Wednesday, December 24, 2014

Review Movie: Night at the museum secret of the tomb


Dah lama rasanya tak dapat tiket pratonton filem. Semalam roomate aku ajak pergi tengok pratonton Night at the museum secret of the tomb. Dia menang pemenang terpantas kat ERA.fm. Dapat 4 tiket percuma tapi yang guna 2 sahaja hehe. Dapat tiket free tu memang dah best yang tak best seat depan betul. Sakit gak tengkuk aku mendongak. Nasib baik tiket free syukur lah dari takde kan..huhu


Aku memang excited nak tengok cerita ini sebab filem sequence sebelum ini best. Kelakar tak ingat. hahaha. Kalau tak dapat tiket free pun memang aku nak pergi tengok juga. 

Sinopsis Night at the museum secret of the tomb 
Cerita ini memang kesinambungan dari cerita Night at the museum sebelum ini. Kebanyakan watak yang ada watak yang sama. Untuk filem kali ini ia mengisahkan tentang Larry Daley security guard yang menyelamatkan patung-patung itu dari terus mati. Ok kalau korang ingat patung-patung yang ada dalam muzium tu hidup sebab adanya tablet emas dari zaman firaun tu. Dalam citer kali ini kuasa magik yang dapat hidupkan patung tu dah semakin lemah kuasanya. Untuk mendapatkan cara bagaimana mengembalikan kuasa tu hanya bapa Ahkmenrah (Merenkahre ) yang tahu. Tugas Larry untuk mencari Merenkahre yang mana telah terpisah dari anaknya di muzium lain. Banyak cabaran yang perlu dilalui untuk mendapatkan kuasa itu semula. 


 
Banyak adegan lucu yang akan membuatkan korang gelak besar.huhu. Watak-watak yang baru pun memang lawak. Watak Laa, Tilly, Sir Lancelot, Garuda antara watak baru yang akan ada dalam cerita kali ini. Cerita ini memang sesuai sangat ditonton bila korang rasa tension atau stress. hehe. Gelak tak ingat dunia korang. 


 
Lagi satu watak monyet ini. Aku memang kagum lah tengok monyet ini berlakon. Macam orang betul tu, ada time sedih, gembira. Tak sangka monyet pun boleh berlakon sehebat ini. So aku rasa korang takkan rasa rugi bila tengok citer ini. Aku bagi 4 dari 5 bintang untuk cerita ini. Cerita ini akan ada di pawagam besok 25 Disember 2014.Selamat menonton dan bergelak sakan. hehe

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.