RSS

Monday, December 29, 2014

Restoren Binjai @KL Wangsa Walk


Time hujan-hujan ini pekena nasi panas-panas tak pun ubi kayu dengan air kopi sedap kan. Takpun dapat tomyam ke sup ke. Melalut dah aku ini hehe. Sebenarnya nak bagi tahu yang kat Binjai @KL ada menu ubi kayu. Semalam tak tahu nak makan kat mana try la makan kat sini. Baru buka kat Wangsa Walk. Tengok orang pun ramai harga pun berpatutan cubala makan kat sini.


Tengok range harga dia kira okla kan tak lebih RM10 lagi untuk harga makanan. Pastu satu menu ada 2,3 lauknya, berpatutan dengan harga.


 
Nasi kerabu dengan ubi kayu ada kat Binjai @KL. Time hujan dapat ubi kayu memang marveles kan. 

 
Aku order nasi dengan ayam masak merah. Ayam masak merah ini memang terbaik tapi kuah sikit pula. Tak puas rasanya. Tapi takpe ada kuah kari, sayur dan sambal belacan menyedapkan lagi hidangan. 


 
Zoom sikit makanan ini, jangan ada yang meleleh air liur macam kuah sambal kat tepi pinggan tu. hehe.. Harga nasi ayam masak merah ini RM8.90 sahaja. 


 
Yang ini pula nasi pandan rendang ayam. Package memang ada sekali telur dan sambal ikan bilis. Nasi dia tak rasa sangat pandan tu. Harga sama juga RM8.90 


 
Ubi kayu bukan boleh dapat di kampung je, kat kawasan bandar pun ada tapi tak semua tempatla kan. Paling sedap pencecah gula melaka ini, terbaik ingat kenangan masa kat kampung. Harga ubi kayu ini RM5.90. Kalau rajin buat sendiri lagi berbaloi rasanya. huhu. 


 
Air yang di order Kedondong Asam Boi dan Air Bandung. Air Bandung harganya RM2.50, Kesdondong Asam Boi RM5.00. Air bandung ini memang aku recommend korang try memang sedap hehe. So kalau tetiba raasa nak makan ubi kayu datanglah ke Binjai @KL Wangsa Walk. Selamat mencuba.

2 comments:

Lynn Hamzah said...

perghhh...memang mantap...kena cuba nie nanti...

Amanda Suria said...

Kedondong asam boi tu mmg buat akak terliur...x pnh lg pi mkn kat binjai ni

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.