RSS

Monday, December 1, 2014

Resepi: Assorted Tuti Fruti Frozen Yogurt



Wah first time aku nak kongsi resepi dengan orang ini. Kira resipi yang lain sikit la. huhu. Maklum lah sebelum ni share makanan yang mudah je kan. Anyway nak buat aiskrim ni pun senang juga sebenarnya. Aku dah try. Puas hati. Aku belajar ini dengan ofismate. Dia buka kelas mengajar aiskrim ini, apa lagi sibuklah nak join. Meh aku share pula dengan korang cara nak buat aiskrim ini.


Bahan-bahan : 
- 1 pek tepung aiskrim 1 pek ovalette (seperti dalam gambar di atas) 
- 100 g susu penuh krim (boleh digantikan dengan pelbagai perisa susu - cth: strawberry/chocolate) 
- 350g plain yogurt (boleh ganti dengan yogurt berperisa)-anggaran 2 botol kecil yogurt 
- Hirisan buah-buahan (mango, strawberry, kiwi, apple anggur) 


 
Untuk tepung dengan ovalette ini aku tak sure leh dapat mana, rasa kedai kek ada kot. Aku order dengan ofismate je. Kalau berminat mungkin aku boleh tanya kat dia. Nanti bagi sikitla komisen untuk aku. hahahah. 


 
Cara-caranya 
1. Masukkan tepung dalam mangkuk. Kemudian masukkan susu dan yogurt. 


 
2. Gaulkan semua bahan sehingga sebati (1minit) 


 
3. Masukkan ovalette dan pukul sehingga kembang (adunan akan naik 1 kali ganda) mix 15-20 minit. 


 
4. Masukkan hirisan buah-buahan ke dalam adunan aiskrim dan gaul sebati kemudian simpan dalam freezer selama lebih 8 jam 


 
5. Sedia di hidang dan di makan.. Yummy 

Base Frozen Yogurt ini pun boleh dibuat dengan biskut yang dihancur kasar - cth: biskut merie/biskut coklat chip/oreo) -letak lapisan bawah dengan biskut kemudian baru tuang adunan yogurt tadi) 

Lepas ni boleh buat sendiri aiskrim sedap macam tuti fruti. Jimat beb. Buah tu boleh masuk banyak kita suka. Puas hati. So selamat mencuba!!!

1 comments:

KiD said...

waaaaahhh... nampak macam senang je.. hehehee

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.