RSS

Tuesday, December 16, 2014

Rawang burger bakar, Wangsa Maju


Aku memang lama mengidam nak makan burger bakar. Selalu tengok blogger lain post pasal burger bakar memang terliur dibuatnya. Buat julung kalinya dapat juga aku merasa keenakan burger bakar ini. Rawang burger bakar yang aku try ini terletak berhampiran area Wangsa Walk, berhadapan dengan Pizza Hut. Mari kita tengok burger apa yang dijual di sini.


Bila aku tengok menu burger ini rasa geli hati pun ada. Nama burger ini memang unik. Ada burger Menangis, KLCC, Isabela, Ombak Rindu, Madu Tiga. Macam-macam ada kat sini. So nak tahu mana satu menjadi pilihan hati aku. 


 
Ini dia Burger Burgembira. Harga RM8, kalau nak cheese kena tambah RM1. Memang gembira aku bila makan burger ini. Sedap hingga ke titisan terakhir. huhu. Daging burger ini adalah daging lembu dan bersoskan black pepper. 


 
Yang ini namanya Lagenda. Roti yang digunakan roti biasa yang telah disalut dengan telur. Atas ada lapisan telur dan dagingnya dagig lembu. Sedap juga Lagenda ini. Harga RM7, kalau nak cheese kena tambah RM1. 


 
Ini menu sampingan yang ada kat sini. Kueh Tiao ketam. Besarkan ketam dia. Harganya RM12. Ramai juga orang yang datang kat sini order menu ini. Sedap.. 


 
Kat sini bukan sahaja ada Kueh Tiao ketam tapi burger ketam pun ada. Next time bila aku datang sini aku nak try menu yang lain pula. Tak sabar lak nak pergi lagi. hehe

1 comments:

Lynn Hamzah said...

lum pernah cuba lagi...walaupun ibu ayah duk tinggal kat rawang...

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.