RSS

Monday, December 15, 2014

Produk Review: Lipstik Urbanista Lip Crayon


Collection Cosmetics jenama mekap terkenal dari UK mengeluarkan produk terbaru mereka, Urbanista Lip Crayon. Sesuai bentuk dengan nama, crayon..huhu..Produk ini sesuai untuk digunakan di tempat kerja mahupun bersiar-siar. Ianya fleksibal dan mudah digunakan. Urbanista terdapat dalam color kesemuanya. Mengenakan Urbanista akan meningkatkan tahap keyakinan dan memberi inspirasi kepada pemakai.



Color yang aku ada 6 sahaja. Yang takde Bella Fortuna dengan Urban Angel. Antara keistimewaan Urbanista Lip Crayon ialah mengandungi vitamin E yang melembapkan bibir. Ia juga bertahan lama, light dan smooth bila memakainya. Lagi satu yang aku perasan bila pakai tak melekit dan mudah untuk dihilangkan. 



City Belle: color ini memang sesuai kemana sahaja, tak terlalu pekat dan pudar. So-so la. 



City Slicker : color dia nampak macam oren, tapi bila pakai takla oren pun. Color pudar, nampak macam tak pakai lipstik je. 



Ms Metropolis : color maroon, kurang pekat sikit dari color Dashing Diva. 



Dashing Diva : Memang macam diva jadinya, yang berani sahaja akan memakainya. Color ni memang terang. 



Weekend Wild: color pink ini memang sesuai untuk party. Nampak liar je kan.. hehe 



After Hours: Ini color merah darah, bila pakai takla terlalu terang. Sesuai nak ke ofis. 

Yang mana satu citarasa korang? Aku suka color Dashing Diva, macam Diva u alls bila pakai. huhu. Harga Urbanista Lip Crayon RM24.90 satu. Boleh dapatkan produk ini dan produk Collection di kedai terpilih Watsons dan kedai F block di Sunway Giza Mall, Setia Walk Puchong, Fahrenheit 88, Cheras Leisure Mall, Bandar Baru Seri Petaling, Kuchai Lama dan Bangsar Baru. 

Website Collection Cosmetics: www.collectioncosmetics.com.my 
Facebook: www.facebook.com/CollectionCosmeticsMY 
Instagram: www.instagram.com/collectionmalaysia

1 comments:

Seoul Mates said...

Saya beli dashing diva ^__^ mmg long lasting sgt colour dia sbab lepas makan minum x pudar.. Recommended!

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.