RSS

Wednesday, December 3, 2014

Pameran Setem Remaja Dunia 2014 KLCC


Sebelum ini aku ada war-warkan pasal World Youth Stamp Exhibition dalam Bahasa Melayu Pameran Setem Remaja Dunia 2014. Pameran ini telah pun bermula mulai 1 Disember yang lepas. Siapa yang belum pergi sempat lagi nak pergi sebab pameran ini akan berakhir pada 6 Disember nanti. Pameran bermula 10 pagi hingga 10 malam bertempat di Hall 1 Convention Center KLCC.


Semalam aku dah sempat terjah pameran ini selepas kerja. Mula-mula datang korang kena register dahulu. Jangan risau masuk free. 


 
Lepas register nanti kena pakai tag gelang ini. Masa masuk nanti diorang akan scan. 


 
Masa nak masuk tu juga korang akan dapat passport ini. Gunanya korang boleh tampal setem dan cop di buku tu. Memang nice macam passport nak g oversea lak.huhu 


 
Dah tentu teraju utama pameran ini Pos Malaysia Berhad. Kat booth ini kalau korang like FB Pos atau jawap soalan yang disediakan korang akan dapat cenderahati setem. Free ok. Like je dapat barang free.. huhu 


 
Banyak booth yang ada termasuk dari luar negara. Korang akan rambang mata bila tengok setem-setem yang cantik dan mampu milik di sini. 


 
Ini booth dari Bangladesh, sporting uncle mat saleh ini bila aku nak ambil gambar dia.. hehe 


 
Bukan setem je ada kat sini tau, barang perhiasan dan cenderamata pun ada juga. 


 

Ingat tak aku cakap pasal passport tadi. Korang pergi kat booth tu beli setem lepas tu minta diorang cop. Tapi yang ini kena bayarlah. Ada booth jual RM1, RM1.50 dan ada juga yang sampai RM6. 


 
Sini korang bole cuci mata tengok setem dari pelbagai negara. 


 
Antara setem dan cop yang dapat. Miniature gambar burung tu harga RM25 di buat dari kain sutera. Korang boleh dapatkan di booth Taiwan. 


 
Aku jadi naik hantu tengok setem-setem ini. Memang cantik-cantik, pangkal duit je. Tapi lau tak bawa duit banyak pun boleh beli yang murah-murah je. So nanti korang jangan lepas kan peluang ini. Datang ramai-ramai ke KLCC sertai pameran ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.