RSS

Saturday, December 20, 2014

KL Year End Sale 2014 PWTC


Hujung tahun ini memang banyak sale. Kebanyakan jualan penghabisan stok. Sediakan duit sahaja, selebihnya terpulang pada citarasa sendiri. KL Yes yang berlangsung di PWTC dari 19-21 Disember menawarkan pelbagai jenis barangan yang murah dan boleh dimiliki. Memang rambang mata, banyak booth yang dibuka. Kebanyakannya booth dari mereka yang menjual dress dan tudung secara online seperti Zawara, Bella Ammara, Radiusite, SuciByYatt, Dreamika, CalaQisya, Aidijuma, SugarScarf dan banyak lagi. Tak tersenarai rasanya.



Dari luar dewan banyak banner yang diletak bersama no booth mereka. Nasihat aku kalau ada booth yang korang betul-betul nak pergi better ingat no booth. Senang nak cari dari korang merayau sampai tak jumpa nnti booth. huhu 


Sebelum masuk jangan lupa register dulu ye. 


 
Lepas register kena cop kat tangan dulu, then naik ke tingkat atas untuk memulakan shopping korang huhu. Ok jom tengok antara booth yang ada. 


 

Banyak lagi brand ternama yang ada. Tak boleh nak letak semua gmbr booth kat sini, nak tahu kena lah pergi PWTC. Yang best kat sini korang boleh berjumpa dan bergambar dengan artis. Ada artis yang datang menjual barangan mereka. 


 
Artis pertama aku jumpa Bienda, siap jadikan aku model sarung tudung dia. hehe. Tudung Bienda berkualiti dan mudah dipakai. 


 
Leuney isteri Apek Golkeeper. Kecil molek je orangnya macam aku je. hehe.. 


 
Mawi yang bersama isterinya Iekin promosi tudung Iekin 


 
Enot dan barang jualan. Ramai lagi artis yang ada. So kalau tak pernah jumpa artis sebelum ini, inilah masanya korang berjumpa dengan diorang. 


 
Aku pun tak lepas peluang cari dress. Ini aku nak bagi tahu nak cari dress berkualiti dan cantik datang la ke booth Linda Zaman. Booth dia sebelah booth Ekin Mawi.Akak ini memang peramah, baju dia jual pun cantik-cantik belaka. Of cos harga berpatutan.Pening aku nak pilih baju kat sini.. huhu 


 
So besok kalau yang berkeluarga nak datang dinasihatkan tak payah bawa anak kecil. Confirm ramai lagi yang akan membanjiri PWTC. Aku yang datang hari ini pun rasa sesak dah. huhu.. Selamat bershopping!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.