RSS

Monday, December 8, 2014

Fashionista yang bergaya dengan Collection mekap


Collection Cosmetics jenama dari UK telah mengadakan peraduan LookBook dari 24 September hingga 22 Oktober yang lalu di Facebook. Telah berlangsung upacara penyampaian hadiah kepada semua pemenang fashionista. Setiap pemenang memenangi peraduan ini dengan memuat naik penampilan paling bergaya yang mempamerkan kemahiran suai dan padan serta gaya mekap tema mingguan: Candy Crush, Gorgeously Sweet, Glamour Glitz dan Rocker Chic. Nak tahu siapa pemenangnya? jeng..jeng.. jeng.. hehe



Upacara dimulakan dengan emcee menceritakan tentang pertandingan telah diadakan. 


Kemudian kata-kata aluan oleh Allison Tai, Pengurus Jenama Collection. Dalam ucapannya memberitahu yang pada era ini tiada siapa hidup tanpa Facebook dan Instagram. Collection Cosmetics menggunakan saluran ini untuk menggalakkan remaja wanita menunjukkan kreativiti mereka untuk menggabungkan fesyen dan mekap. 



Kemudian emcee mengumumkan kesemua pemenang peraduan LookBook, Shazleen binti Abdul Jabar(Minggu 1: Candy Crush), Erra Afifa Binti Ali(Minggu 2: Gorgeously Sweet), Amelia Chiang Kar Mun (Minggu 3: Glamour Glitz) dan Moo Ee Fern(Minggu 4 : Rocker Chic). 



Para pemenang bersama Duta Collection, Nelydia Senrose 



Tips mekap untuk kesemua style oleh profesiona mekup artis Irene Khoo 



Korang nak tahu camne nak mekup gaya keempat-empat ini? Ini aku share kan gambar, harap nampakla ye. Nanti boleh try kat rumah. Kesemua gaya hanya memerlukan 4 alat mekup sahaja. Yang ini untuk gaya Candy Crush. 



Gaya Gorgeously Sweet. 



Gaya Glamour Glitz 



Gaya Rocker Chic. 

Korang kalau beli produk Collection Cosmetics bernilai RM50 ke atas di kedai Watson terpilih dan di kedai F block, korang akan dapat Collection LookBook istimewa yang menampilkan photoshoot tutorial keempat pemenang fashionista dan duta jenama Nelydia Senrose 



Selesai penyampaian hadiah kepada pemenang, ada sesi media potografi. Yang ini aku curi snap gambar Nelydia yang tengah interview, nak ambil gambar sama tak dapat huhu. 



Sempena pelancaran Collection LookBook, 2 produk baharu diperkenalkan. Work the Colour Eyebrow Kit (RM33.90) dan Urbanista Lip Crayon (RM24.90). Urbanista Lip Crayon terdapat 8 jenis warna kesemuanya. 



Masa event ini aku sempat cuba gaya Gorgeously Sweet. Amacam Gorgeous ke Sweet? hehe. 3 lagi gaya tak sempat nak try. Frust.. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Collection Cosmetics Malaysia: 
Website: www.collectioncosmetics.com.my 
Facebook: www.facebook.com.my/CollectionCosmeticsMY 
Instagram: www.instagram.com/collectionmalaysia

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.