RSS

Monday, November 3, 2014

Zespri’s 14-Day Challenge - Hari ke 8 : Kiwi baik untuk hilangkan Perut Kembung


Macam mana hujung minggu korang? Best tak? Ada yang balik kampung makan sedap-sedap kan. Ada yang jalan-jalan cari makanan yang sedap-sedap. Kira hujung minggula masanya nak makan macam-macam. Lepas tu mesti perut meragam, rasa tak sedap, rasa kembung dan sebagainya. Betul tak? Kalau tak pun tapi pernah mengalaminya kan.



Aku ada baca sedikit mengenai perut kembung ini. Selalunya ianya berlaku kerana perut terlalu kenyang atau sudah masuk angin. Perkara ini tidak boleh di ambil ringan sebabnya lama kelamaan boleh memudaratkan kesihatan. Keadaan ini juga boleh memudahkan kita menghidapi masalah gastrik. 


 
Salah satu caranya nak hilangkan perut kembung ini, makanlah buah kiwi. Zespri Green Kiwi mengandungi actinidin dan serat dapat membantu memudahkan penghadaman perut dan ketidakselesaan usus. Macam yang aku dah bagi tahu sebelum ini, makan kiwi 2 biji sekali untuk sistem penghadaman yang sihat. Sekarang, korang dah tau nak buat apa kalau perut sakit. 


 
Aku pernah bagi kawan aku rasa kiwi ini. Dia kata memang bagus untuk sistem penghadaman. Senang nak buang air.. hehe.. Sampai dia beli sendiri kiwi ini. Seronok aku dengar.. huhu. Percaya atau tidak,korang boleh cuba sendiri nanti. 

Facebook:https://www.facebook.com/ZespriMY
Twitter: https://twitter.com/ZespriSEA
Instagram:http://instagram.com/zesprisea
Youtube:Youtube

2 comments:

✿ pink velvet ✿ said...

sep sikit! kite pon pengamal kiwi jugaq :)

Jalal boy said...

Salam pengenalan, Nama saya Jalalboy. Jemput untuk datang ke blog saya dan follow blog saya.. Jalalboy

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.