RSS

Sunday, November 2, 2014

Zespri’s 14-Day Challenge - Hari ke 7 : Jeruk kiwi asam boy


Task hari ini sebenarnya untuk membuat snack kiwi. Aku puas la cari makanan ringan apa yang nak dibuat dengan kiwi. Aku memang fail sikit bab masakan ini. Setelah mengambil pendapat rakan-rakan dan hasil google aku dapat idea dari viral yang sedang meletop-letop sekarang ini. Ala jeruk mangga asam boy tu lah. Apa kata kita gantikan mangga tu dengan kiwi.


Inilah dia hasil inovasi dari jeruk mangga asam boy. Aku perkenalkan Jeruk kiwi asam boy. Bukan susah mana pun buatnya, dari korang beli mahal-mahal baik buat sendiri. Ini antara bahan-bahan dan cara membuatnya: 

Bahan-bahan: 
1. Kiwi/ Mangga 
2. Asam boi 
3. Gula (lebihkan) 
4. Garam 
5. Cili padi potong( lebihkan jika suka pedas) 

Cara-caranya: Kupas kulit kiwi tu dan potong kecil-kecil. Then gaulkan dengan bahan-bahan yang lain. Simpan dalam peti sejuk 4-5jam. Siap untuk dimakan. 

Senang je kan. Rasanya masam manis dan pedas. Ini kalau ibu-ibu mengandung tengok mau kecur air liur. Sesiapa yang suka masam-masam pun mesti rasa memang kick. Apa lagi, cubalah sendiri. 

 
Facebook:https://www.facebook.com/ZespriMY
Twitter: https://twitter.com/ZespriSEA
Instagram:http://instagram.com/zesprisea
Youtube:Youtube

1 comments:

Julia Johari said...

Wahhh pandai adik zu olah buah kiwi jadi jeruk...awsome...

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.