RSS

Sunday, November 9, 2014

Zespri’s 14-Day Challenge - Hari ke 14 : Menangi hadiah setiap hari bersama Zespri green kiwi


Alhamdulillah lega rasanya hari ini merupakan hari teraakhir cabaran kiwi ini. Korang ikut tak dari awal cabaran ini. Rasanya baru je mula tup-tup dah habis hari ini. Macam-macam pengalaman yang aku dapat dalam menyelesaikan cabaran yang disediakan. Pelbagai informasi berkenaan kiwi aku dapat dan share pada semua.


Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada Zespri kerana memilih aku menyertai cabaran ini. Alhamdulillah tak sangka juga terpilih sebab sebelum ini agak lama aku menyepikan diri. Terima kasih juga untuk cenderamata yang diberikan. Menang atau kalah kemudian cerita. Hadiah saguhati siang-siang dah dapat. Aku terima sahaja keputusan untuk cabaran ini nanti. Kepada bakal pemenang tahniah di ucapkan. 


 
Imbas kembali kepada cabaran yang dilalui aku paling blur bila ada cabaran untuk hasilkan sajian/makanan dari kiwi ini. Cukup lemah badan aku kalau dapat task tu. Tapi dengan dorongan dari kawan-kawan aku berjaya juga membuatnya. Terima kasih kepada mereka yang banyak membantu aku. Aku berjaya menghasilkan breakfast waffle kiwi coklat, yogurt kiwi, kiwi asam boy, banana split kiwi dan smoothie kiwi. Walaupun nampak mudah menu yang aku buat tapi untuk orang bujang tak pandai masak ini memang satu kebanggaan. Untuk task semalam pula aku berjaya buat masker kiwi. Yehaaa.. 


 
Zespri green kiwi memang banyak khasiat. Mempunyai actinidin dan fibre yang bagus untuk sistem penghadaman. Kiwi juga mempunyai antioksida yang baik untuk kulit. Serta mempunyai 3 kali serat nenas. Memang baik diamalkan selalu. Kepada semua pembaca selepas 14 hari mengekori perjalanan aku untuk Zespri’s 14-Day Challenge ini, ini ada peluang untuk korang ubah diet dengan kiwi. Zespri menyediakan giveaway harian tunai yang hebat untuk korang. Untuk info lanjut boleh layari zespri.com.my/promotions.asp. Boleh menang wang tunai setiap hari. 

Facebook:https://www.facebook.com/ZespriMY
Twitter: https://twitter.com/ZespriSEA
Instagram:http://instagram.com/zesprisea
Youtube:Youtube

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.