RSS

Saturday, November 8, 2014

Zespri’s 14-Day Challenge - Hari ke 13 : Masker kiwi


Hujung minggu datang lagi. Masa untuk berehat dari kerja di pejabat. Memang hari yang ditunggu setiap minggu. Selalu time hujung minggu la kita nak memanjakan diri. Ada yang ke spa, saloon, massage, facial dan sebagainya. So hari ini aku nak kongsi satu cara untuk korang memanjakan diri dengan Zespri green kiwi. Tahu tak korang yang kiwi mengandungi antioksida yang baik untuk kulit. Kiwi merapatkan pori-pori, menghilangkan kulit berminyak, bintik hitam dan kekotoran di kulit.


Pernah pakai mask tak sebelum ini? Pakai yang dah siap beli ke atau buat sendiri? Sekarang aku nak kongsikan bagaimana nak buat masker kiwi. Korang boleh cuba nanti di rumah ye. Aku pun first time cuba.huhu. Oleh kerana aku pun tak pernah buat sebelum ini aku kena lah study sikit. Hasil pembacaan bahan-bahan yang diperlukan dah tentu kiwi, yogurt, minyak zaiton atau madu. 


 
Caranya memang mudah. Macam biasa kupas sebiji kiwi dan ambil isinya sahaja. Masukkan separuh dari botol kecil yogurt. Then masuk sesudu minyak zaiton. Lepas tu apa lagi gaul sehingga sebati. Ceh macam nak buat kek pula. hehe 


 
Lepas dah siap gaul, apa lagi tepek la kat muka. Kalau ada berus gunalah berus, aku guna tangan je. Pakai 15-20 minit. Biarkan sahaja adunan tadi di muka korang. Jangan nak kacau-kacau tau. Masa tu korang akan rasa haruman buah kiwi tu. Memang rasa sejuk je muka. Lepas tu cuci muka dan lapkan dengan tuala. Hasilnya muka akan lebih segar dan cerah. Boleh cuba nanti di rumah. Selamat mencuba. 

Facebook:https://www.facebook.com/ZespriMY
Twitter: https://twitter.com/ZespriSEA
Instagram:http://instagram.com/zesprisea
Youtube:Youtube

1 comments:

nadiah othman said...

Sy pun suka buat kiwi ni. Sedapp & fresh

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.