RSS

Thursday, November 6, 2014

Zespri’s 14-Day Challenge - Hari ke 11 : Cara-cara kupas kulit kiwi


Hari ini kita belajar cara nak kupas kulit kiwi. Aku mula-mula dapat kiwi ni pun musykil macam mana nak makan kiwi ini. Nak potong macam mana kan. Kat sini aku nak share beberapa cara yang senang untuk kupas kulit ini. Bukan susah sangat, rasa adik-adik kecil pun boleh buat.



Yang ini cara paling senang dan selalu aku guna. Kadang-kadang kita beli kiwi ada dapat sudu dia sekali. So kita gunakan sahaja sudu tu. Mula-mula belah 2 kiwi ini. Lepas tu ambil satu bahagian yang di belah tu. Guna sudu korek isi kiwi tu. Then masuk dalam mulut. hehe. Korek isi tu sampai habis. Senang je kan. Yang ini memang selamat kalau nak suruh anak-anak kecil buat. 


Ini cara kedua rasa lagi sesuai untuk ibu dan ayah yang buat. Sebab guna pisau dan agak leceh sikit. Sikit je lecehnya tu. Mula-mula kerat bahagian bawah kedua-dua belah. Lepas tu ambil sudu masukkan ke tepi kulit kiwi sampai ke bawah. Then pusing sampai bertemu semula permulaan kita tadi. Lastnya akan nampak kiwi tu bogel. hehe. Kira tertanggal sudah kulitnya. Kalau nak makan sebiji camtu pun boleh. Nak sopan ambil pisau iris macam biasa. Siap untuk di makan. 


Ini ada satu video cara unik nak kupas kiwi. Guna gelas je. Boleh juga digunakan untuk kupas mangga dan avocado. Memang kreatif. Boleh cuba nanti ye. 

Facebook:https://www.facebook.com/ZespriMY
Twitter: https://twitter.com/ZespriSEA
Instagram:http://instagram.com/zesprisea
Youtube:Youtube

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.