RSS

Wednesday, November 12, 2014

World Youth Stamp Exhibition 2014


Semalam aku war-warkan pasal Promosi Jakel Kuala Lumpur. Hari ini aku nak war-warkan pula pasal World Youth Stamp Exhibition 2014. Yang ini memang mencuri tumpuan pencinta setem, pengumpul filateli, pakar sejarah, budding artist dan cosplayer yang aktif. Inilah masanya untuk korang mendapatkan koleksi setem dari seluruh dunia.


Aku pun salah seorang pengumpul setem dan filateli ini. Kira baru juga berkecimpung kumpul isu-isu setem yang baru ini. Beli untuk simpanan sendiri je. Takla jual. Setem ini kalau lagi lama simpan harga memang akan lagi mahal. Untung tu beli berapa sen je tapi harga boleh naik sampai ribu riban. Itulah keuntungan kumpul setem dan filateli ini. 


 
Dengan lebih daripada 20 peserta pameran dari seluruh dunia, ia akan menjadi acara yang filateli TERBESAR di Malaysia yang pernah ada! Pameran akan di adakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 1-6 DISEMBER 2014.

Untuk maklumat lanjut dan maklumat terkini, sila layari laman rasmi Halaman: www.malaysia2014.com.my atau www.facebook.com/PosMalaysiaBerhad.Korang juga boleh gunakan hashtag ini #KLwyse di instagram, facebook dan twitter. Jom kita serbu KLCC Disember nanti. Save the date OK.

1 comments:

Lynn Hamzah said...

program yang best best mesti kat KL...kenapa la diorang tak buat kat JB ek...

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.