RSS

Friday, November 28, 2014

Tournament Boling Ofis


Hari Rabu 26.11 aku dengan budak2 ofis ada tournament boling kat Ampang Point. Ini kira kali ke 2 kitorang buat tournament sendiri.Yang first tu group aku kalah dapat no 4. huhu. Sedih jer masa tu. So Rabu yang lalu main sekali lagi dan mungkin akan ada lagi lepas ini. hehe. Sekali sekala bersukan untuk mencergaskan badan apa salahnya. Asik duk terperap je kan dalam ofis mengadap komputer.


Ini group aku hari tu. Setiap group ada 4 ahli , 2 lelaki dan 2 perempuan. Ahli team aku kali ini memang pandai main. Hebat juga diorang ini. Aku je yang tak berapa sangat. Kitorang main 3 games semuanya. First game semua bersemangat, masuk yang kedua dengan ketiga masing-masing dah mula penat. huhu. Biasalah tak selalu main pastu warm up pun tak. 


 
Yang miracle aku main kali ini bila aku dapat 3x strike berturut tu. Pergh memang tak sangka. Selalunya nak dapat strike pun susah. Ini mungkin aura dari ahli yang lain. Rasa hebat pula bila dapat 3x strike tu padahal yang ado.. hahaha 


 
Keputusannya team aku dapat no 2 kalah satu mata je. Frust rasanya.. huhu. Inilah muka keriangan masing-masing bila dapat hadiah. Menang kalah semua dapat hadiah. Yang penting hubungan yang terjalin semakin rapat. Aku memang seronok tiap kali main boling. Macam-macam aksi yang dapat tengok. huhu. Harap dapat join lagi next game.

2 comments:

CikLily Putih said...

lama x main bowling... ermm seronok nampak ek

CintaHati Lina said...

bestnye main bowling... lama dah tinggalkan permainan ni.. lepas ni nak mulakan lagi la..syoknya...

salam perkenalan dari mommylina

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.