RSS

Monday, November 3, 2014

Restoren Cili Pauh, Wangsa Walk


Hujung minggu lalu 2 hari aku duduk lepak kat Wangsa Walk. Lunch cubalah makanan kat Restoren Cili Pauh ini. Penuh juga orang makan kat sini. Makanan kat sini berasaskan makanan Thai. So kalau makanan Thai ini first sekali terlintas mesti tomyam dia kan.


Kat sini banyak menu tomyam dengan paprik. Goreng-goreng pun ada juga. 


 
Antara menu yang ada di sini. Ini combo nasi + paprik + kerabu mangga (combo7). Harganya RM9.90 tak termasuk air. Lauk dia best tapi kuah dia sikit tak berapa cukup untuk mereka yang suka makan kuah banyak2. 


 
Yang ini nasi + tomyam + kerabu mangga. Set ini kalau tak silap sama harga dengan set paprik tadi RM9.90. Tomyam dia ini di campur sekali dengan santan. Kuah agak pekat dan berlemak. Aku cepat muak makan kuah dia ini. Rasa tomyam ini lain la dari tomyam biasa tu. 


 
Yang ini pula Pad thai noodle with chicken. Rasanya not bad ada rasa manis-manis sikit. Harga RM8.90. 


 
Ini pencuci mulut Mango Sticky Rice. Kira pulut nasi dengan mangga. Aku suka pencuci mulut ini. Sedapla bagi tekak aku ini. Hidangan ini memang manis. Harganya RM7.90. Kalau datang ke Wangsa Walk boleh cuba makan di Restoren Cili Pauh. Selamat mencuba.

2 comments:

Jalal boy said...

Salam pengenalan, Nama saya Jalalboy. Jemput untuk datang ke blog saya dan follow blog saya.. Jalalboy

hazman fadzil said...

suka dengan pad thai tu sebab macam kuetiow goreng.... best kan...

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.