RSS

Monday, November 24, 2014

Pak John Steamboat Wangsa Walk


Sebelum ini aku ada dapat voucher makan di Wangsa Walk. Voucher aku dapat sebab join Contest masa buka puasa dulu. Lama dah citernya. hehe. Tapi voucher ini valid sampai Ahad 23.11.2014. So aku gunalah sebaiknya semua vouchernya. Nak makan steamboat ini tak boleh daam keadaan rushing atau masa yang singkat. Kena ambil masa lama boleh santai-santai. Yela nak tunggu makanan tu masak pun dah ambil masa kan.



Pak John Steamboat Wangsa Walk ini makanan dia dah siap ada set. Tak payah nak susah-susah pergi balik ambil makanan yang kita nak. Duduk je kat tempat tunggu makanan sampai. hehe. 



Set yang aku ambil ini untuk set 4 orang. Harga RM69.90. Hidangan set ini ada untuk sorang, 2 orang dan 4 orang. 



Untuk set 4 orang ini kitorang dapat 4 lagi extra add on. Sup yang kami pilih tomyam. Kena cas RM10. Selain sup tomyam, ada juga beef bone pepper soup, kari, sup ayam dan miso sup. 



Moh kita cuci mata dengan makanan yang ada ini. Hehe. Jangan terliur sudah.. 



 

Aku memang suka seafood dengan meatball. Sedapnya la hai. 


Selain steamboat ada juga set nasi dan noodles. Snack pun ada kat sini. Kalau rasa bosan makan steamboat boleh try menu yang lain. 



Tengok muka keriangan sorang-sorang. Memang berselera makan steamboat. 



Pak John Steamboat ini sesuai juga di jadikan tempat untuk celebrate birthday. Kebetulan aku datang ini penyanyi Tasha Manshahar dan Syed Shamim dengan peminat diorang agaknya tengah celebrate birtday Tasha. Tak sempat nak bergambar tapi aku sempat wish birthday. hehe 

Info lanjut boleh layari : http://www.pakjohn.com

Selain di Wangsa Walk, Pak John Steamboat juga ada di eCurve Damansara.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.