RSS

Friday, November 7, 2014

Kes buli menjadi-jadi


Sejak kebelakangan ini banyak pula isu buli yang timbul. Makin menjadi-jadi. Budak-budak sekarang lebih berani bertindak. Apa yang menyebabkan mereka bertindak ganas sebegitu rupa. Aku tahu yang dari dulu lagi memang ada kes buli ini. Dari aku sekolah dulu pun ada juga tapi rasa takla seteruk ini. Aku pun pernah duduk asrama dulu. Yang perempuan ini mungkin kurang kes sebegini kebanyakannya pelajar lelaki.


Pelajar-pelajar ini bukan sahaja bertindak kasar memukul, menumbuk, menyepak tapi ada juga yang berani sehingga menyuruh berbogel dan merakam gambar pelajar yang dibuli. Macam kes kat atas ini sampai koma budak tu dibuatnya. Aduhai memang kasihan tengok mereka yang dibuli tu. Mungkin mereka yang membuli ini ingin membalas dendam, tidak puas hati tapi bukan ini caranya. Kita ada saluran yang betul untuk meluahkan perasaan. 


 
Cerita buli sebegini memang menakutkan untuk pelajar-pelajar yang bakal duduk asrama nanti. Persepsi pandangan mereka akan bertukar.Yela sepatutnya duduk asrama ini bagus buat kita lebih berdikari. Tapi dek kerana cerita buli ini lagi nampak negatif dari positifnya duduk di asrama. Ibu bapa dan guru seharusnya lebih pantau anak-anak. Harap kes sebegini tidak terjadi lagi selepas ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.