RSS

Thursday, November 13, 2014

Jualan Car Boot Sale Taman Melawati


Hari Ahad yang lepas ada diadakan Car Boot Sale kat Taman Melawati. Aku tahu pun dari kawan aku. Diorang pun join sekali. Aku datang melawat je. Jualan Car Boot Sale ini majoriti jual barang-barang terpakai. Barang-barang yang korang rasa tak nak pakai lagi tapi sayang pula nak buang. So jual la dengan harga lebih murah. Aku saja je menepek kat tempat kawan aku. Diorang jual novel terpakai. Memang hantu novel diorang ini, koleksi sampai beratus buah. Dahsyat diorang ini.


Kawan-kawan aku merangkap ofismate yang dari pagi lagi dah buka boot mereka. Salah sorang blogger Suziey.com.Car Boot Sale ini start dari lepas Subuh lagi sampai pukul 1 ptg. Kenalah datang awal nak dapat port tempat yang teduh. Terbaik diorang ini memang eficient. 


 
Antara Jualan Car Boot Sale yang ada. Kira harga kat sini memang tak munasabah. Murahlah tapi barang second hand la kiranya. Okla juga nampak masih baru. Orang bukan tahu pun. Yang penting save budget. 


 

Kedai paling sempoi. Senang je kan tak perlu kuar kos yang banyak nak setup tempat. 


 
Last-last aku terpaut beli satu cekak ini. Harga RM2 je satu. huhu Sebab tengah bulan ini belanja kena kawal sikit. Tak boleh nak beli mahal-mahal. huhu 

Amacam berminat juga nak join Car Boot Sale. Ini ada satu lagi Car Boot Sale yang akan diadakan di Shah Alam. Korang boleh terjah info lanjut kat fb diorang https://www.facebook.com/ABCarBootSale

2 comments:

Mummee Noor said...

Aslmkm.. Mcm mana nk joint car booth sale taman melawati ni..
Apa syaratnya. Whatsapp 0126069209.
Terimakasih.

balqis baltisha said...

Salam..mcm mn nak join ya? Mind to share? Thanks

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.