RSS

Tuesday, November 18, 2014

Jika "Suamiku Encik Sotong"


Aku takde idea nak update blog sebenarnya. Tetiba je terfikir pasal cerita ini.Sekarang kan tengah hangat cerita pasal Suamiku Encik Sotong lakonan Shaarnaz Ahmad,Amyra Rosli dan ramai lagi. Kalau tak layan cerita ini pernah baca tak novel tajuk ini? Yela cerita ini kan adaptasi dari novel. Baru je cerita ini minggu ini baru episod 4. Boleh catch up lagi cerita ini kat Astro Ria dengan Astro Maya.
 

Bila tengok cerita ini tetiba aku terfikir macam mana ye kalau betul "Suamiku Encik Sotong". Boleh ke aku terima dia seadanya. huhu. Yela kalau tengok cerita ini pakaian memang tak lari dari pink. Jalan pun lembut siap bawa beg tangan lagi tau. Kalah perempuan tu. Bab hias menghias memang harus dipujila memang kreatif. Senang juga hidup perempuan yang dapat lelaki macam ini. 


 
Aku teringat masa belajar kat u dulu, ada seorang lecturer aku tu lelaki lembut. Tapi seronok belajar dengan dia. Lembut-lembut dia pun ada anak 2 ok. Rasanya takde la malu sangat kalau kahwin dengan lelaki lembut ini. Rasa lagi bagus dari kahwin dengan lelaki yang tak bertanggungjawap. So kalau aku la ditakdirkan kahwin dengan lelaki lembut aku terima la seadanya walaupun agak sukar untuk terima pada awalnya. hehe Mana tahu kita boleh develop dia jadi lelaki sejati perlahan-lahan. Kalau korang pula macam mana? Boleh terima ke?

1 comments:

Amirul said...

Kalau sotong macam Terlajak Laris takpe sbb pandai bisnes, kalau setakat sotong tp APTB buat apa...

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.