RSS

Monday, October 27, 2014

Zespri’s 14-Day Challenge - Hari Pertama: Zespri Green Kiwi baik untuk sistem penghadaman


Siapa yang pernah makan kiwi angkat tangan? hehe.. Siapa yang tak pernah makan kiwi memang rugi. Korang kena try makan walaupun sekali. Sebab apa kiwi ini mengandungi banyak khasiat. Apa masam? Ada kiwi manis tau, yang isi color kuning dan tak berbulu tu. Korang tahu tak apa kelebihan buah kiwi ini? Salah satunya baik untuk sistem penghadaman. Kiwi mengandungi Actinidin yang boleh memecahkan protein dengan cepat dan sempurna menjadi nutrien untuk badan. Manakala hasil yang tidak diperlukan memerlukan masa 1-3 hari untuk dibuang. Fiber yang terkandung dalam kiwi boleh membantu mempercepatkan proses tersebut.


Bagi sesiapa yang menghadapi masalah penghadaman,Zespri Green kiwi adalah penyelesaian bagi masalah anda. Selain itu Zespri Green Kiwi mempunyai 4 kali nutrisi anggur dan 2 kali fiber nenas. Ia juga kaya Vitamin C dan antioksida. Bagi mereka yang menghadapai diabetes, Zespri Green Kiwi amatlah bermanfaat kerana ia mengandungi kandungan glycaemic index yang rendah. 


Untuk memastikan sistem penghadaman anda baik, amalkan memakan Zespri Green kiwi 2 biji sehari. Saksikan video ini, bagaimana Zespri Green kiwifruit melancarkan sistem penghadaman anda: 



Facebook: https://www.facebook.com/ZespriMY 
Twitter: https://twitter.com/ZespriSEA 
Instagram: http://instagram.com/zesprisea 
Youtube: http://www.youtube.com/channel/UC_tkBq7LetRdp2lcqp67oBw

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.