RSS

Thursday, October 30, 2014

Zespri’s 14-Day Challenge - Hari Ke 4 : Kandungan actinidin dan fiber dalam Zespri Green kiwi


Adakah korang tahu khasiat dan kandungan yang ada dalam kiwi? Tak tahu? Mesti tak baca post aku sebelum ini kan. hehe. Takpe kalau tak tahu aku nak bagi tahu ni. Zespri Green kiwi mengandungi actinidin dan fiber yang sangat membantu untuk sistem penghadaman yang sihat. Cuba tengok gambar atas ini. Rasanya senang nak faham kan? Kalau tak faham aku boleh terangkan.



Actinidin merupakan enzim yang unik dalam buah kiwi dikenali dengan kemampuannya untuk memecahkan protein. Protein yang tidak dapat dipecahkan dalam badan akan dipecahkan oleh actinidin. 

Serat larut: menarik air menjadi gellike, membantu untuk melambatkan penyerapan gula dan kolesterol 
Serat tidak larut : menambah pukal kepada najis dan mempercepatkan laluan makanan dan bahan buangan melalui usus anda, membantu mencegah sembelit. 



Zespri Green kiwi boleh menyumbang kepada kesihatan sistem penghadaman yang bagus. Aku sendiri akui yang selepas makan kiwi ni, aku punya sistem penghadaman lebih baik sebabnya hari-hari aku akan masuk toilet buang air. Normal kita memang kena buang air besar hari-hari tau.Sesiapa yang dah lama tak buang air tu pergi cepat beli kiwi.. hehe 

Facebook:https://www.facebook.com/ZespriMY
Twitter: https://twitter.com/ZespriSEA
Instagram:http://instagram.com/zesprisea
Youtube:Youtube

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.