RSS

Thursday, October 30, 2014

Untungnya mimpi melahirkan anak kembar


Alkisah malam tadi punya cerita ini. Agaknya nyenyak sangat tidur sampai mimpi anak kembar tu. Aku pun tak sangka boleh dapat mimpi macam ni. Yang aku sedar mungkin 3 atau 4 orang anak kembar yang aku dapat. Jantina tak pasti, tapi muka comel juga. huhu.First time aku mimpi macam ini. Selalu kalau mimpi-mimpi ni takde la nak cari sangat maknanya tapi kali ini rasa teruja pula nak tahu. hehe


Nak tahu tak kenapa aku beriya sangat nak tahu. Yela aku ni kahwin pun belum ni kan nak dapat anak. Tiba-tiba boleh pula beranak, kembar pula tu. Tak ke kelakar kan. Aku dah try google pasal tafsiran mimpi ini. Hasil carian dapat seperti di bawah: 

"Konon kabarnya, arti mimpi melahirkan anak kembar adalah si pemimpi akan segera mendapatkan anugerah yang menyenangkan hati. Selain itu, bermimpi melahirkan anak kembar juga diartikan akan mendapat banyak kemudahan dalam kehidupan. Mimpi melahirkan anak kembar ini selalu dianggap sebagai perlambang berita yang baik. Oleh sebab itu, mereka yang memimpikan hal ini patut berbahagia." 


 
Senyum lebar aku bila baca tafsiran ini. Tapi aku taklah percaya. Atleast tafsiran tu takla bermakna yang tidak baikkan. Lega sikit hati ini. Kalau dapat anak kembar betul-betul nanti memang seronoklah. Dapat seorang pun rasa dah seronok dapat kembar lagilah beronok-ronok (double seronok) rasanya. hehe..Ini yang buat aku nak kahwin cepat ini. hahahaha

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.