RSS

Wednesday, October 15, 2014

Senarai barang yang tidak dikenakan GST



Minggu lepas telah pun dibentangkan mengenai budget 2015. Memang semua rakyat menunggu pembentangan ini. Adakah budget 2015 banyak membantu rakyat? Fikir-fikirkanlah. Salah satu yang dibentangkan adalah GST. Tinggal lagi beberapa bulan lagi bagi pelaksanaan GST. Walaupun akan dilaksanakan pada 1April ini tidak bermakna ia merupakan april fool ye.. huhu.


Apa yang aku tahu mengenai GST ialah kadar cas sebanyak 6% ke atas barangan. Ini bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada. Aku pernah mengikuti penerangan mengenai GST ini. Kemungkinan kos sara hidup akan jadi lebih tinggi, wallahualam. Harap gaji pun akan di revise semula la ye..huhu. Gambar yang atas ini adalah barang yang dikecualikan dari GST yang dibentangkan dalam budget 2014.


 
Yang atas ini pula barangan yang dikecualikan dari GST yang dibentangkan dalam budget 2015. Aku sebenarnya takut juga bila dah start GST. Bukan apa aku ni belum kahwin lagi, rasa-rasanya berapa la kos nak kahwin nanti lepas GST dilaksanakan ye. Risau juga, takut jadi andartu pula disebabkan GST ini. huhu.. Simpang malaikat 44. 


 
Sapa yang dah mampu miliki rumah, tanah, kereta cepat2lah beli ye sebelum 1 April 2015. Aku ini memang tak mampu lagi nak bayar ansuran bulanan rumah. Lepas GST ini lagi tak tahu bila boleh mampu beli.. hahaha. Kalau ada gadget korang nak beli, beli cepat2 tau. huhu.. Kira beli la apa yang korang nak beli sebelum GST.. hehe

2 comments:

Lynn Hamzah said...

tq for sharing...

Hana Syed said...

hakikatnya kos sara hidup tetap meningkat..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.