RSS

Wednesday, October 8, 2014

Review Movie: Annabelle


Sesiapa yang pernah tengok Conjuring sebelum ini pasti akan tertunggu cerita Annabelle ini. Annabelle adalah cerita yang sepatutnya berlaku sebelum Conjuring. Di dalam cerita Conjuring ada memaparkan watak Annabelle yang seram. So movie Annabelle kali ini menceritakan lebih lanjut berkenaan patung itu. Cerita Conjuring bagi aku antara cerita seram yang best pernah aku tengok. So implikasi cerita ini membuatkan aku teruja nak tengok Annabelle pula.


Lepas tau cerita Annabelle ini kuar apalagi tak sabar nak pergi tengok kat wayang. 2 Oktober filem ini keluar kat Malaysia. Hari itu juga aku pergi tengok tau. Punya excited aku. huhu. Meh aku cerita dulu sinopsis berkenaan Annabelle ini. 


Cerita diadaptasi dari kisah sebenar.Kisah bermula dengan sepasan suami isteri, Mia dan John yang menunggu kelahiran cahaya mata. Mia seorang pengumpul anak patung telah mendapat hadiah anak patung dari suaminya. Pada suatu malam mereka di datangi oleh 2 orang pengamal ajaran sesat yang ingin membunuh mereka. Mereka bernasib baik telah diselamatkan oleh polis tetapi pengamal tersebut mati. Salah seorangnya bernama Annabelle berminat dengan patung yang baru Mia dapat dan rohnya telah memasuki anak patung tersebut. Selepas kejadian itu, keluarga tersebut terus dihantui oleh anak patung itu walaupun telah dibuang, ia kembali semula. 


 
Apa yang patung itu mahukan dan bagaimana ingin menghapuskannya? Yang itu korang kena lah tgk kat pawagan ye. Pada pendapat aku cerita ini agak kurang seram berbanding Conjuring. Element seram kurang dan jalan cerita agak lambat. Rasa macam tak puas tengok. Tapi pada yang takut tengok cerita seram mungkin ini akan menghantui anda. hahaha. So aku bagi 3 dari 5 bintang untuk cerita ini. Agak menghampakan berbanding Conjuring.

6 comments:

Mak Jemah said...

setakat ni takut nak tgk cerita seram..

Ira said...

conjuring best. bnyk terkejut-terkejut.
annabelle x penah tgk lg.
Rasa cam nk tgk je.. hehe..

Norliza Nordin said...

org penakut nengok mcm akak memang takut sungguh nengok hihihi

Misz Miniey said...

haii...saya tag awak untuk liebster award..

http://ardiya-izwani.blogspot.com/2014/10/liebster-award.html

JMR said...

macam best je..tapi kurang seram eh..conjuring best lg la gitu ek

Katak Comel said...

da tgk cte nie tp x best sgt...babak seram x byk sgt

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.