RSS

Tuesday, October 21, 2014

Restoren The Treats, KL Sentral


Kalau sebut nama restoren memang rasa mat saleh sangat. First time dengar mesti terfikir kedai jual makanan barat kan. Tapi tidak sama sekali. Makanan Malaysia, Malaysian delight ok. Kedai ini terletak di KL Sentral, kat ground floor berhampiran dengan Bank Islam dan Ayam Penyet.


Lunch semalam sempat terjah restoren ini. Memang penuh restoren ini time lunch. Kena datang awal sikit kalau nak makan kat sini time bekerja. Menu sini ala-ala Old Town juga. Banyak makanan Melayu kat sini. 


 
Ada set untuk breakfast dan lunch. Semalam aku tak berapa minat nak ambil set lunch. Aku order Nasi Sambal Udang, beserta ayam goreng dan telur goreng. Pergh memang sedap. Package hidangan ini memang akan buat korang kenyang tak terkata. Harganya RM14.90. Oleh kerana aku batuk, so amik air suam jela. 


 
Kawan-kawan aku ramai order set nasi kerabu dengan air bandung. Set ini dah ada ikan goreng di tambah pula ayam goreng.Sambal dia best. Memang menu yang menggemukkan ini.. hehe.. sure balik perut full. Harga set ini RM16.50. 


 
Yang ini nama dia panjang skit. Ipoh Shreded Chicken Hor Fun. Amik ko, memang susah nak ingat. Harga RM14.90. 


 
Banyak lagi menu lain kat sini, Nyonya laksa, asam laksa, tomyam, nasi lemak, mee kari. Set untuk famili pun ada. Kalau nak try makanan kat sini datang la ke KL Sentral. Kalau takut hadap jem naik lrt je senang. Selamat mencuba.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.