RSS

Monday, October 27, 2014

Restoren Row Six @ Jusco Melaka


Rasa jemu dengan makanan Malaysia? Nak rasa makanan dari negara lain. Kat Rox Six ini menyediakan makanan dari pelbagai negara jiran Malaysia. Jangan risau makanan Malaysia pun ada. Kat Restoren Row Six ada menu dari Vietnam, Indonesia, Thailand, Singapore dan Malaysia. So takyah g jauh2 kalau ngidam nak makan makanan diorang. First time aku dengan mak dan adik cuba makanan kat sini.


Masa mula-mula nak pilih menu memang pening. Rasa nak try semua je. Nampak menyelerakan betul.

 
Tengok serius muka tu nak pilih menu. Berapa kali aku selak buku tu. Rambang mata nak pilih. hahaha.. macam nak pilih baju pula. 


 
Mula dengan air dulu, mak aku order tembikai laici. Siap bentuk love lagi buah tembikai kat gelas tu. Memang besar gelas dia, harga pun besar gak.. hehe ini harganya RM9.95. 


 
Aku pula try Mango and Sago With Cream. Memang sedap air ini. Rasa mangga tapi takla terlalu lemak sampai muak minum. Yang ini pun harganya RM9.95 


 
Adik aku pula order air Fresh Orange je. Air juice kat sini memang pure juice. Dia tak tambah gula pun. Kalau amik fresh orang nasib la kan samada buah tu manis ke masam. Harga fresh orange ni kurang seringgit je dari air kat atas ini. Harganya RM8.95 


 
Makanan pula aku ambil Tomyam Seafood with Fried Rice. Memang rasa tomyam dia, seafood pun banyak. Harganya RM13.95. 


 
Ini pilihan adik aku, Nasi Ketuk with Tandoori Chicken. Ayam dia memang lembut dan sedap. Nasi ni bila makan dengan sambal tu memang terangkat habis. Pedas beb. Harganya RM16.95. 


 
Tengok melambak kuah dia. Pinggan pun besar rasa cam nak cuci muka je.. hehe. Ini pilihan mak aku, Stir Flat Noodle with Tender. Rasa macam kuah hailam sikit-sikit. Daging dia lembut. Harganya RM13.95. 


 
Inilah kesemua menu yang menjadi pilihan kitorang. Bila tengok harga memang agak mahal juga. Nanti ada service dan government tax lagi. Walaupun mahal tapi puas hati kira berbaloi jugalah. Untuk sekali sekala nak makan kat sini oklah. Kalau selalu boleh pokai poket. hehehe. Selamat mencuba makan di Restoren Row Six.

3 comments:

Lynn Hamzah said...

insyaallah boleh bertandang ke melaka nanti...nak juga try makanan negara lain...

JMR said...

lorr..nasi ketuk ke..igtkn nasi kerabu tu heheh

hazman fadzil said...

whoaaa... nasi ketuk nampak banyak jer - puas hati makan tu....

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.