RSS

Monday, October 13, 2014

Restoren Bistro Qaseh, Seksyen 13, Shah Alam


Sabtu lalu sempat aku singgah makan kat Restoren Bistro Qaseh, Seksyen 13, Shah Alam. Makan malam masa ni. Perut dah lapar kan, nampak lak restoren ini penuh dengan pelanggan. Rasa teruja nak try makan kat sini. Restoren ini terletak dekat dengan company Les Copaque Upin Ipin.


Restoren ini bertemakan bentuk LOVE. Tengok menu dia pun bentuk love. Makanan yang recomended kat sini pun di tandakan dengan betuk love. Event kat toilet cermin dia pun bentuk love. Malam tu aku dengan kawan-kawan memang order makanan yang di recommend di sini. Nak try samada really recommend ke tak. huhu 


 
Sebelum tengok makanan yang diorder, kami order air biasa je masa ini. Air epal asam boy dengan teh o ais limau.

 
Alamak gambar blur sikit, minta maaf ye. Masa amik tu nampak cam ok. huhu.. Ok yang ini meehon kerabu. Harga RM5.50. Meehon ini digoreng bersama kerabu. Pada sapa yang suka makan kerabu boleh try meehon ini. 


 
Yang ini pula nasi goreng qaseh. Nasi goreng bersama telur gorang dan udang celup tepung. Harga RM7.00 


 
Aku makan mee qaseh. Mee ini rasa macam mee hailam tapi ada seefood dan sayur yang berhasiat. Kuah mee ni memang sedap. Harga RM7.00 juga. 


 
Restoren ini juga pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan. Banyak lagi menu yang ada kat sini, ala carte yang lain pun ada. Sate dan char kueh tiau pun ada juga. So kalau datang ke Shah Alam boleh singgah makan di Bistro Qaseh.

1 comments:

KiD said...

dekat benor dah dengan opis... tapi sabtu lepas ada kat luar.. hohoh

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.