RSS

Wednesday, October 1, 2014

Restoren Biji Kopi @ Gateway Bangi Shopping Mall


Hari sabtu yang lalu aku buat pertama kali jenjalan kat Gateway Bangi Shopping Mall. Anyway kedatangan aku nak pergi tengok baju di booth Falahabiyana masa Pameran Pengantin minggu lalu. Dah alang-alang sampai jenjalan kat situ. Dah penat jalan cari tempat isi perut la pula. Dan restoren biji kopi menjadi pilihan. Pada sesiapa yang tak pernah pergi Gateway Bangi Shopping Mall, senang je nak pergi sini. Masuk exit Bangi, jumpa roundabout amik exist kedua (jam12) pastu korang kena u turun di roundabout kedua sebab Gateway Bangi Shopping Mall berada di sebelah kanan.



Susun atur dalam restoren ni memang cantik dan tersusun. Kerusi dan meja dia kerusi kayu. Rasa macam sekolah rendah dulu je.. hehe 


 
Antara makanan yang ada disini, nasi beriyani, asam pedas ikan pari, tempoyak ikan patin, western, ala cart. Kira kat sini macam adalah. Kalau pening tak tau nak makan dan minum apa, amik je set lunch @ dinner ni.. Harga pun berpatutan. 


 
Masa ini aku order set lunch asam pedas ikan pari. Orang melaka kan pantang nampak asam pedas. Air untuk set ini air sirap cincau. Tengok color pun dah terliur. huhu. 


 
Ini dia set asam pedas pari. Aku memang suka sangat asam pedas dia.. sedap oo.. Kuah bagi pula sikit sampai minta tambah lagi. Mana puas kuah sikit2 ni. Pastu siap minta add on sambal belacan.. hehe. So kalau korang tak tahu nak makan mana boleh terjah Restoren Biji Kopi.

3 comments:

Julia Johari said...

Terliur plak tgk adik zuriey mkn ni kt restoren biji kopi...wowwwwwww

AyuArjuna BiGoshh said...

harus terjah ni!

hazman fadzil said...

Hurmm....menu nampak macam okey cuma bila tengok nasi briyani tu macam overpriced sangat laa....

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.