RSS

Tuesday, October 7, 2014

Pelancaran Dettol ph- Balanced Body Wash


Alhamdulillah Rabu yang lepas, aku berkesempatan menghadiri majlis pelancaran Dettol ph- Balanced Body Wash yang diadakan di Nexus, Bangsar South. Dettol mempekenalkan produk mandian yang mempunyai pH seimbang bagi kulit kita. Masa ini aku datang agak awal, so sementara menunggu acara bermula sempat bergambar dan makan-makan jap.


Sempat lagi i alls bergambar kat shower buatan ini. hehe.. Pose la kan apa lagi. 


 
Sebelum acara bermula terdapat kaunter untuk demontrasi tentang produk ini, perbandingan antara produk Dettol ini dengan produk jenama lain. 


 
Aku tak sempat nak buat demo tu tapi aku try sendiri kat rumah. Aku test dengan sabun yang aku guna kan rumah. Nampak tak line color yang kat dalam gambar tu. Yang tengah tu adalah color untuk kulit aku (ph 4-6 asid ke neutral). Color tu menunjukkan ph kulit kita. Nak test ini kena guna pen special yang diberi masa event ini. Yang belah kanan tu adalah hasil dari Dettol. Tengok color yang dihasilkan sama macam yang tengah tu. Yang kiri pula aku uji dengan sabun yang digunakan di rumah aku. Hijau terus colornya. Memang jauh beza. Ph jadi alkali (lebih dari 8). So dengan Dettol ia akan mengimbangkan ph kulit kita. 


 
Berbalik pada event ini,Hunny Madu merupakan emcees untuk majlis ini. 


 
Majlis telah dimulakan dengan persembahan gimnastik. Memang lentur badan adik-adik ini. 


 
Kata-kata aluan dari General Manager RB Malaysia dan Singapura, Hina Nagarajan. Untuk pengetahuan semua, Dettol telah ada dari tahun 1932 lagi. Dettol sentiasa menambah baik produk dan membuat inovasi untuk memenuhi keperluan pelanggan. Dengan produk terbaru ini, kulit akan bebas kuman, sihat dan cantik. 


 
Kemudian acara diteruskan dengan presentation mengenai Dettol ph- Balanced Body Wash dari Marketing Director RB Malaysia dan Singapura, Mr Abishek Chuckarbutty. 


 
Senior Consultant Dermatologist, Dr Steven Chow memberi ucapan berkenaan kepentingan untuk mengekalkan kulit yang sihat. Seperti yang kita ketahui Malaysia merupakan negara yang panas menyebabkan kita akan cepat berpeluh dan badan berbau. Jadi kebersihan amat penting untuk kulit yang sihat. Sabun mandian yang anti bakteria menolong untuk melawan kuman yang ada di sekeliling kita. Selain itu, amat penting untuk menggunakan produk yang compatible dengan ph semulajadi kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit dan memastikan kulit betul-betul sihat. 


 
Kemudian di adakan sesi cit cat antara Dr Steven Chow dan Scha Alyahya. Untuk makluman semua, ph kulit yang sihat adalah antara 4-6 (macam kulit aku.. hehe). Ini amatlah sepadan dengan formulasi ph Dettol.Ini akan memastikan kelembapan kulit dari tidak rosak. Sabun mandian yang lain kemungkinan adalah asid Ph level (antara ph 1 -3). Ini boleh menyebabkan kemerahan, kulit sensitif dan keradangan. Manakala yang pH terlalu alkali (atas ph 8) boleh menyebabkan kekeringan yang melampau dan penuaan yang lebih awal. 


 
Kulit Scha juga telah diuji dan didapati kulit Scha memang sihat. Scha memang menggunakan Dettol untuk memastikan kulit dilindungi dari kuman selain mengekalkan kulit lembap dan cantik. 


 
Walaupun Scha busy dengan kerjaya sebagai pelakon dan juga ibu tetapi beliau amat menitik beratkan tentang kesihatan kulit dan memastikan keluarganya dilindungi dari bakteria. Sebagai artis kulit yang cantik amat penting bagi beliau. 


 
Korang boleh dapatkan Dettol ph- Balanced Body Wash di pasaran. Terdapat 6 jenis kesemuanya. Memang baik untuk kesihatan kulit. Dettol membunuh 99.9% bakteria. 


 
Sebelum balik, apa lagi bergambar jap la dengan artis. Selfie dengan Hunny Madu 


 
Bersama ibu baru yang cantik dan gorgeous, Scha Alyahya

2 comments:

Julia Johari said...

Terbaik lah dik zuri join kempen cm ni...ish ni yg nak beli dettol semula...lama dah tinggal...bagus dik review ni membuka mata ttg kesihatan kulit

AyuArjuna BiGoshh said...

Comey zuriey amik gmbr ngan scha

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.