RSS

Thursday, October 9, 2014

Klinik gigi Azlina Ang, Kl Sentral


Aku nak tanya korang bila kali terakhir korang pergi cek gigi? Ha.. ada yang last time sekolah dulu. Kalau bagi tau kat doktor macam tu memang la korang kena membebel nanti. Aku dah pernah kena ok, baru tahun ini aku start cek gigi balik. Bila sakit gigi baru terhegeh-hegeh nak jumpa doktor kan.



Gigi memang aset penting untuk kita. Kalau gigi sakit satu badan boleh sakit tau.So pada sapa yang tak pernah pergi cek gigi, cepat2 jumpa doktor. Kalau tak sakit pun korang boleh make sure yang gigi korang sihat atau tak. So pada yang mencari-cari klinik gigi yang best, aku recommend Klinik gigi Azlina Ang, Kl Sentral dekat dengan PTPTN. Doktor ini memang best.Marah pun macam mak-mak kita je rasa hehe.


 
Pada sapa yang ada PMcare jangan risau sebab klinik ini ada panel PMcare. Korang datang je bawa diri. Aku minggu lepas baru cabut satu batang gigi. Banyak benda aku kena wat dengan gigi ini. Kena tampal la cuci la. Tapi pengalaman betul cabut hari tu. Sapa yang lama tak cabut gigi tu nak tau camne perasaan cabut gigi? Memang mendebarkan. Masa cabut gigi memang tak sakit, yang sakit masa dia bius. Aduhai korang tahan jela ye. Lepas bius tu insyaallah nak cabut gigi tak rasa apa-apa. Apa-apa pun pergi cepat jumpa doktor gigi sebelum gigi korang bermasalah. Good luck ye.

1 comments:

umi adam faris said...

Gigi putih, senyuman pun menawan ^_^

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.