RSS

Monday, October 20, 2014

Kerja Part Time


Sejak kebelakangan ini banyak pula duit yang diperlukan. Rasa dapat gaji habis macam tu je sebab nak cover benda yang tak dijangka ini. Kadang-kadang bila duduk kat rumah tu macam-macam aku fikir untuk dapatkan duit lebih. Time hujung minggu kan cuti, tak tahu nak buat apa, rasa nak kerja part time je. Blogging pun kerja part time gak cuma income blogging takla seberapa pun. Yela blogger picisan je, stat blog pun tak sehebat blogger ternama yang lain. Apa ye kerja part time yang sesuai aku nak buat.


Bagi mereka yang dikurnikan tubuh langsing dan muka yang cantik mungkin boleh jadi part time model. Kalau aku ini memang idokler sesuai jadi model. Kaki tak berapa nak panjang la. Tapi lau sapa-sapa nak amik aku jadi model tudung nampak muka je, boleh gakkan. hahaha.. Macam lawa sangat orang nak amik jadi model kan. 


 
Menyanyi kat pusat karoke tu memang selalu juga la. Tapi lau jadi musician idokler teman tahu main alat musik. Jadi penyanyi boleh la, penyanyi suara ke laut. huhu. Ke jadi part time jadi suara latar. Ada ke kerja part time ini.. Mengarut je aku ini. 


 
Yang ini memang aku minat, buat bisness. Tapi yang ini boleh terjebak dengan MLM. Aku tak nak la, pernah terkena dulu. Serik aku, sampai sekarang menaggung derita hahaha. Nak buat bisnes kena ada modal, padahal sekarang duit ada pun tak mencukupi. Aish.. Kalau ada orang nak bagi modal xpe la kan. 


 
Apa yang terfikir dalam kepala ini kerja part time kat shopping mall je. Tak pun jadi ajen insuran, tapi nak jual insuran bukan senang. Nak dapat kepercayaan orang beli insuran dari kita tough juga tu. Kebolehan aku memang pada komputer la, kalau ada sapa-sapa nak minta aku promote barang kat blog aku ini nanti contact la aku ye. Aku boleh review pasal produk-produk korang. Kusut juga pikir pasal ini. Korang rasa kerja part time pe lagi ye yang sesuai.Duit oh duit.. Semoga Allah murah kan lagi rezeki aku.. Amin

1 comments:

anajingga said...

bisnes online amacam ??? hehe

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.