RSS

Friday, October 3, 2014

Kedai online shopping @ Bangi Gateway Shopping Complex.


Korang pernah pergi tak Bangi Gateway Shopping Mall? Aku baru first time pergi hari tu. Aku rasa shopping ni pun baru dibuka sbeab banyak gak kedai2 yang kosong. Tujuan datang sini memang nak cari sesuatu then alang2 dah sampai situ pusing la satu mall. Kepada yang berminat dengan online shopping tapi tak tahu nak beli macam mana atau nak tahu kualiti barang tersebut boleh terjah dulu kedai. Kadang-kadang tengok macam cantik tapi bila pergi kedai biasa je. Sebelum ni aku pernah promote kedai online shoping kat wangsa melawati, kali ini kat Bangi Gateway lak.


First sekali yang ada kat sini kedai Hana Tajuddin. Kat sini ada dress,jubah, blause, skirt tapi takdela banyak sangat. Design tertentu je ada kat sini sebab booth dia kecil je. 


 
Kalau tak puas nak tengok design yang lagi banyak, korang boleh pergi main shop dia kat Shah Alam. Seperti tertera dalam gambar di atas. 


 
Next yang ada kat sini kedai TudungPeople. Nama pun tudungPeople kan so memang jual tudung. Tudung memang cantik tak dinafikan. Kebanyakan tudung shawl la.Tapi blause pun ada juga. Dont worry nak beli baju match dengan tudung sekali. Memang wow la.

 
Jelita Sara pun ada kat sini. Sederet kedai diorang ni. Kedai-kedai ni terletak kat luar tau. So kalau cari dalam bangunan memang tak jumpa la. Kat sini lagi banyak tudungyang dijual tak hanya menumpukan pada shawl sahaja malah tudung sarung, anak tudung, syria, instant shawl. Rambang mata dek non.


 
Selain itu, kedai Ratu pun ada juga. Sini ada dress,baju kurung moden dengan tudung. Kat sini masa aku datang tengah wat sale sempena Raya Haji. Pantang nampak sale tu terus teruja nak try.50% masa tu dari harga 300++ dapat 100++. Mana tak butang mata tengok. Nak tau baju apa aku try.. 


 
Trala ini la baju yang dimaksudkan. Macam princess tak..hehe Memang cantik tapi aku tak beli sebab color yang tinggal pink and oren striking.huhu.. Selain kedai-kedai yang aku nyatakan ni, ada banyak lagi kedai-kedai yang jual baju cantik-cantik kat sini. Tapi kebanyakan untuk wanita la. Dress dengan jubah memang melambak kat sini. So apa tunggu lagi, senang2 terjah la Bangi Gateway Shopping Mall.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.