RSS

Thursday, September 18, 2014

Taman Seribu Bunga Ayer Keroh


Hari Ahad yang lepas tak tahu nak pergi mana, so aku bawa mak jenjalan. Kali ini destinasi kami adalah Taman Seribu Bunga. First time kitorang datang sini. Masuk pun free. Memang teruja la kan bila ada tempat boleh masuk percuma ini.. hehe. Tempat dia ini terletak di ayer keroh berhadapan dengan pejabat imegresen.


Aku tak tahu la keadaan taman bunga ini sebelum ini macam mana, tapi masa aku pergi tak banyak sangat bunga. Sedih pula rasa hati. Punya excited nak tgk dan bergambar dengan bunga tapi tak dapat. Ada pun sikit2 je bunganya. 


 
Amacam boleh tahan mak aku posing..hehe. Dah bila jalan berdua, masing2 kena amik gmbar sesama sendiri tak pun selfie. Kira mak aku pandai gak amik gambar la..hehe.. 


 
Rasa kecundang tengok bunga tu diubati dengan pengantin yang fotoshoot kat sini. Memang ramai gila pengantin akan datang sini. Korang tak percaya datang time hujung minggu. Lagi petang lagi ramai pengantin. Macam-macam color dan baju pengantin korang boleh tgk. Tahan dengan tak jela panas kat situ..huhu. So kalau xtau nak pergi mana dengan budget yang kecil boleh la datang cuci mata kat sini.. hehe

1 comments:

Norliza Nordin said...

tak pernah pergi lagi ni.. huhuhu

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.