RSS

Thursday, September 4, 2014

Pengalaman menjadi pengapit


Ini pengalaman aku menjadi pengapit kawan baik aku tempoh hari. Rasanya ramai pernah rasa jadi pengapit. Ini kali pertama aku dilamar jadi pengapit. Dilamar jadi isteri tak tahu bila.. hehe. Pada mulanya agak teruja juga, risau pun ye. Macam1 boleh jadikan. Pengapitkan kena sentiasa ada bersama pengantin. Mulanya excited nak mencari baju pengapit. Mestila nak nak nampak comel gakkan. Yela nanti banyak mata memandang.


Tiba hari nikah rasa teruja nak melihat upacara ini, yela kawan aku kahwin dengan mat saleh. So nak tahu camne cara dia akad nikah. Rupanya akad nikah dalam english lagi senang. Just say, yes i do. Pengantin perempuan time ni memang berdebar juga, seram sejuk la juga kan. Aku masa ni cuba mententeramkan pengantin. Alhamdulillah semua berjalan lancar. 


 
Masa hari persandingan hari yang ku tunggu. Sebabnya tak sabar nak pakai baju baru.hehe. Tapi aku rasa aku tak sesuai la jadi pengapit. Masa tu banyak gak benda tak di sangka berlaku. Nasib aku rasanya. Mula-mula masa pengantin nak turun kereta, baju dia tersangkut kat kasut. So aku mencangkungla nak betulkan. Dah betulkan aku boleh menjajau masa nak bangun, jadi tak stabil. Baju aku terkena roda kereta. Terus kotor, dahlah baju color kulit memang jelas dan nyata nampak kekotoran tu. 


 
Then masa tgh payungkan pengantin boleh aku terpeleot. Lama tak pakai kasut tinggi agaknya. Aku tak tahu la orang nampak tak. Malu seh. Then masa atas pelamin panas tak yah cakapla. Masa pengantin nak turun makan, benda yang direnjis tu jatuh atas kaki aku. Sakit oo. Yang paling tak leh blah kasut aku pula leh tertanggal tumit dia. Aduh macam-macam hal.

 
Awal gak aku blik rumah masa tu. Mana taknya, baju kotor kasut pula takde tapak sebelah. Balik rumah cerita dengan famili diorang hanya boleh cakap "Apa malangnya ko jadi pengapit ni". So pasni aku agak serik nak jadi pengapit lagi..huhu.. Nak jadi pengantin lak..hehe. So kepada yang nak jadi pengapit bersedialah sebab banyak kemungkinan akan jadi. Kepada kawan aku Adillawahyu selamat pengantin baru. Semoga bahagia hingga ke syurga.. Amin

2 comments:

Mazni Azmi said...

Cantik tudung nikah pengantin dah jubah putih tu

:)

Bro Framestone said...

Pernah sekali je jadi pengapit

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.