RSS

Wednesday, September 10, 2014

Outlet terbaru Marks & Spencer di Johor Bahru


Kini Marks & Spencer bukan sahaja boleh didapati di Klang Valley sahaja, malah boleh di dapati di Johor Bahru. Ditubuhkan pada 1884 , kini terdapat lebih daripada 800 store dan lebih daripada 450 international store di 56 pasaran. Marks & Spencer mempunyai kilang tersendiri bagi produknya bagi memastikan kepuasan pelanggan. Kini, terdapat 6 M&S stores di Malaysia dan terbaru adalah di KOMTAR Johor Bahru City Centre (JBCC).


Di M&S Johor Baharu terdapat koleksi fesyen lelaki dan wanita, lingerie dan shapewear untuk wanita. Selain itu terdapat juga Food Hall yang popular. Keluasan ruang 10,000 square feet akan membuat pelanggan lebih selesa. 


 
Lokasi yang strategik, KOMTAR JBCC juga berdekatan CIQ Complex dan stesyen keretapi Johor Bahru Sentral. 


 
Kepada orang Johor Baharu dan sekitarnya kini tidak perlu pergi jauh lagi untuk dapatkan barangan Marks & Spencer. Jom serbu KOMTAR JBCC, pastinya barangan yang berkualiti dari Marks & Spencer menanti anda.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.