RSS

Friday, September 26, 2014

Outlet shopping online di Wangsa Melawati


Hari ini 26.9 kiranya hujung dah kan. Majoriti rasanya dah dapat gaji. Aku dengan member ofis memang dah plan dapat gaji nak pergi beli dress. So semalam lepas waktu kerja penjelajahan pun bermula. Memang banyak tempat kami nak pergi tapi kali ini kami decide pergi outlet shopping online kat area Wangsa Melawati.


Nak tahu outlet online shopping yang ada kat sana? Salah satunya adalah ZAWARA. First kedai kitorang terjah semalam. Kat sini ada jual dress, tudung, cardigan dan belt. Dress memang cantik sampai aku pun terpaut. OMG. Inilah wanita, memang susah nak melawan nafsu shopping tu.

 
Tengok tu muka orang baru kuar duit beli dress. huhu.. pasni ikat perut la..hehe. Nak tau aku beli apa kat sana? Jeng.. Jeng.. Jeng 


 
Trala.. ini la dia menjadi pilihan.. Dress Alicia Sequin harga Rm119. Kira memang harga standard la untuk dress yang macam ini. Kualiti kain pun ok.. Bukan sahaja cantik pada gambar tapi juga pada kainnya. Korang mesti macam nak beli gak kan.. hehe.. Lau nak terjah outlet ini boleh ke alamat berikut: 

ZAWARA Wangsa Melawati 2A, Lorong Dataran Wangsa Melawati, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur (TEL: +603-40119402) (Near KWSP Wangsa Melati. Beside Wangsa Grill) 


 
Sederet dengan kedai ini, ada lagi outlet online shopping yang lain seperti Dyana. Sini dress pun memang cantik. Lau malas nak g outlet online shopping jela. Selain ini ada juga outlet misslilyshop. Sini macam2 ada jual. Ada kasut, beg,blause, skirt, shirt, palazo. Makan-makan pun ada juga. 


 
Satu lagi kedai yang boleh korang singgah adalah Elle Zada. Sini layanan memang terbaik tapi unfortunately untuk orang saiz kecil macam aku memang xde pilihan nak beli dress kat sini. Tapi takpe sini ada jual tudung dengan skirt. Memang menepati Syariah Islamiah. Banyak lagi outlet shopping online kat sini tapi ini antara yang recommend oleh aku. So sempena Raya Haji yang bakal tiba, banyak sale yang akan di buat oleh butik2 yang aku sebut kat atas. Jangan lepaskan peluang, jom kita serbu..

2 comments:

CikLily Putih said...

wah kemain shopping ek.. sila banjer k lily lekas tau..

jaymiee said...

shopping sakan nampak....

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.